Oleh : TS LOO Macam-macam perkara pelik dalam dunia ini, ketika virus zika sedang mengancam beberapa negara seperti Brazil dan lain-lain lagi, masyarakat di sebuah pekan yang terletak di Rusia, melangsungkan perayaan nyamuk yang mengadakan pertandingan siapa yang paling banyak kali digigit oleh nyamuk dianggap pemenang. Ahad lalu, bertempat di sebuah pekan kecil Berezniki yang terletak di sebuah kawasan pergunungan Ural, telah berlangsung festival nyamuk untuk kali ke-4, tetapi disebabkan tahun ini cuaca panas yang luar biasa, bilangan nyamuk banyak berkurangan, pihak penganjur membatalkan aktiviti tradisi iaitu aktiviti memburu nyamuk, ditukarkan menjadi pertandingan di mana digigit nyamuk.
Ketika pertandingan, peserta boleh mempergayakan diri dengan cara pemakaian seperti nyamuk sebagai tanda kesukaan terhadap nyamuk untuk bertanding dalam pencalonan " Kanak-kanak perempuan yang paling lazat" atau 'tastiest girl' dengan berpakaian vest dan seluar pendek. Mereka terpaksa menahan kesakitan digigit nyamuk dalam masa 20 minit, dan siapa yang mempunyai kesan gigitan yang paling banyak sekali, dianggap pemenang. Kali ini, budak berusia 9 tahun yang bernama Irina Ilyukhina berjaya memenangi gelaran 'kanak-kanak perempuan yang paling lazat" atau 'tastiest girl' berikutan dia memiliki 43 kesan gigitan nyamuk.- CARI sumber info: abcnews.go.com |
28
Bagus |
13
Marah |
56
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT