Oleh : Dean BZ WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Donald Trump, berjanji akan mula mengusir golongan pendatang tanpa izin sebaik mengangkat sumpah menduduki Rumah Putih. "Pada hari pertama, saya akan segera mula mengusir pendatang tanpa izin dari negara ini, termasuk menghalau ratusan ribu penjenayah yang dibebaskan dalam komuniti Amerika Syarikat oleh pentadbiran Presiden Barack Obama dan calon presiden Demokrat, Hillary Clinton," katanya di Des Moines, Iowa. Clinton berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika ketika penggal pertama Obama. Bakal presiden seterusnya akan mengangkat sumpah pada 20 Januari.
"Saya akan membina tembok besar, melaksanakan e-pengesahan seluruh negara, menghalang pendatang tanpa izin mendapat kebajikan dan kelayakan dan membangunkan sistem pengesanan keluar masuk untuk memastikan mereka yang tinggal melebihi visa diusir segera," katanya. Hartawan dan bekas bintang realiti televisyen itu, memakai topi besbol berwarna putih, berkata jika tidak menguat kuasakan tarikh akhir visa, Amerika akan mempunyai sempadan terbuka. "Undian untuk Trump adalah undian mendapatkan negara yang ada undang-undang, undian untuk Clinton adalah undian untuk sempadan terbuka," tegasnya. Trump juga merayu undian penduduk kulit hitam, berjanji membantu mereka mencari kerja. "Setiap kali penduduk Afrika Amerika, atau rakyat lain, hilang kerja kepada pendatang tanpa izin, hak rakyat Amerika sudah dicabul," katanya. Terdahulu, Donald Trump sering dikecam dan tidak disenangi ramai kerana sikapnya yang sering mewujudkan Islamphobia. - CARI Sumber - AFP |
8
Bagus |
17
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
deathacker replied at 28-8-2016 04:00 PM
Tump ni dah menang jd presiden ke? ketinggalan keretapi pulak
boyagombak replied at 28-8-2016 07:57 PM
Donald Duck kwek kwek kwek ni bukan main lagi nak uair sana sini, anti islam yg terang-terangan. Kal ...
RatuDunia94 replied at 28-8-2016 07:48 PM
Ala baru verangan nk migrate ke states...
mesmerize replied at 28-8-2016 08:37 PM
ai rasa migrate secara legal trump tak kisah kot sis
dia tak suka immigrant yg masuk us secara ...
Saya akan membina tembok besar, melaksanakan e-pengesahan seluruh negara, menghalang pendatang tanpa izin mendapat kebajikan dan kelayakan dan membangunkan sistem pengesanan keluar masuk untuk memastikan mereka yang tinggal melebihi visa diusir segera
ADVERTISEMENT