CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Aksi Berani Gadis 'Bertenggek' Di Tingkap Kereta Bergerak Ke Genting Highlands Jadi Viral

29-8-2016 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10433| Komen: 48

Oleh Izzah Abbasy

Tidak tahu apa punca, sebab musabab apabila tiga anak gadis melakukan aksi berbahaya apabila duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak ke puncak Genting Highlands yang telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Polis memandang serius tindakan berbahaya pengguna jalan raya yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak sambil dipercayai berselfie.



Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden S. Somu berkata, siasatan sedang dilakukan termasuk mengenal pasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

Tindakan tersebut diambil susulan rakaman perbuatan tiga penumpang kenderaan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

“Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, tetapi berdasarkan rakaman, laluan dipercayai di daerah Bentong iaitu jalan menuju ke Genting Highlands,” katanya.

Aksi lagak anak gadis dilihat langsung tidak malu dan menghiraukan kenderaan lain yang melalui jalan tersebut.


Video ini dirakam oleh pengguna Facebook Giin Yong sangat terkejut apabila mendapati tiga orang perempuan memakai hijab duduk di bahagian permukaan tingkap dan mengeluarkan badan mereka daripada kereta Perodua Alza ketika dalam perjalanan ke Genting Highlands pada hujung minggu.

Menurut netizen yang melihat video ini, rata-ratanya berpendapat bahawa tingkah laku gadis ini bukan sahaja meletakkan nyawa mereka dalam bahaya, tetapi juga menjejaskan kehidupan pengguna jalan raya yang lain. Mengikut Ginn, pemandu di dalam kereta juga memandu secara melulu sehingga jalan berliku-liku ke Genting. - CARI
16

Bagus
29

Marah
25

Terkejut
28

Sedih
26

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpah27 29-8-2016 05:26 PM
perempuan apa perangai laguni.. jatuh kena langgaq nanti baru tau.. buta ja mati katak..
Quote Artemesiaa 29-8-2016 06:44 PM
Seronok tak tentu hala betul2 mengundang bahaya.   
Quote Kak-Leen 29-8-2016 07:59 PM
Bkn budak belum cukup umur kelihatannya.. Tp sikap gini lebih teruk dr budak belum cukup umur..:: X
Quote DeeHanania 29-8-2016 08:13 PM
Memalukan...
Quote prettyuglybabe 29-8-2016 08:16 PM
kena ke masukkan memakai hijab tu?
kira kalau tak pakai hijab boleh la buat perangai sakai gitu?
tu no kereta dah ada.. clear terpampang..
gi je jejak kereta tu.. jumpa la pelakunya..
pastu kasi saman setiap sorang rm5000..
Quote belilies 29-8-2016 08:40 PM
Nak kata mabuk, berhijab pulak... kena rasuk hantu genting kottt
Quote cahaya_almas 29-8-2016 09:31 PM
Kalaulah pemandu tekan brek.mengejut..free2 je leh jatuh tergolek2....tgh mabuk ketum ke apa ni...ke jakun sgt tk pernah g genting...
Quote Rainrein 29-8-2016 09:37 PM
Eloknye bia eksiden. Baru padan muka. Buat sesuatu tanpa fikir akibat. X paham betul bebudak skang ni.
Quote holothurian 29-8-2016 10:19 PM
semoga cepat mampos..
Quote LavaUollss 29-8-2016 10:27 PM
babinye perangai seko-seko. Harap2 kena tangkap secepat mungkin babi2 ni semua. Dasar betina ##**&@
Quote westaste1 29-8-2016 10:32 PM
bkn xtau malu, tp rasanya diorang anggap duduk mcm tu mcm duduk kat boat dpt tgk pemandangan indah kt luar dgn lebih jelas dgn udara bertiupan... jenis keluarga happy tp agak terencat la jgk bila sampai xfikir benda tu boleh meragut nyawa sendiri ngan pemandu2 lain...
Quote sambaldurian 29-8-2016 10:44 PM
Kasihani la mereka sbb kereta tu xde sunroof nk feeling2 depangkan tgn.
Quote harisanis 29-8-2016 10:53 PM
ni jenis yg lapar kasih syg..
Quote MekArchana 29-8-2016 11:28 PM
Hon je kuat-kuat bagi terkejut lepas itu mahu jatuh tergolek sekor-sekor.  
Quote xtahumenahu 30-8-2016 12:00 AM
So...xder yg kena tangkap lg ke?
Quote alieyrina 30-8-2016 12:14 AM
Masalahnya kalau dia jatuh pastu digilis kereta lain..sapa yg dipersalahkan..x pasai2 yg menggilis kena..
Quote FARRAZOOL 30-8-2016 12:24 AM
Dh kenapa tu?x sayang nyawa ke?
Quote FARRAZOOL 30-8-2016 12:24 AM
Dh kenapa tu?x sayang nyawa ke?
Quote APOLLYON 30-8-2016 07:11 AM
Sekali imbas nampak macam pelancong arab.Kalau ye memang tak hairan la berperangai begini.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top