CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyarakat Texas Terharu Dengan Sikap Professional Tukang Paip Ini

30-8-2016 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7996| Komen: 21

Oleh : TS LOO

Sumber foto: www.thenew93q.com



Kalau dipandang sekilas mata, ramai pasti ingat berlaku lagi kes pembunuhan. Tetapi paparan gambar sebenarnya menunjukkan sikap professional individu yang wajar disanjung tinggi masyarakat tempatan. 

Di Texas, Amerika Syarikat terdapat seorang tukang paip yang sanggup merisikokan diri dengan menyelinap ke dalam limpahan air kumbahan yang kotor, hanya untuk memperbaiki saluran paip yang sudah pecah. 

Setelah gambar berkaitan tersebar secara meluas di laman web, ianya terus menimbulkan reaksi yang hebat, sehinggakan sebuah syarikat seluar jeans turut bersetuju untuk menghadiahkan tukang paip berkenaan sehelai seluar jeans yang baru. 


Syarikat Penyiaran Amerika Syarikat melaporkan, minggu lalu saluran paip di halaman depan rumah seorang wanita dari Texas bernama Andrea Adams, dikatakan melimpah keluar banyak air kumbahan, justeru menelefon majlis perbandaran untuk mendapatkan bantuan. 

Setibanya tukang piap di tempat kejadian, bagi memotong bahagian pecah yang berukuran kira-kira 150 cm yang berada di bahagian bawah tanah, tukang paip yang penuh bertanggungjawab itu menyelinap bahagian atas badannya iaitu daripada bahagian kepala sampai ke pinggang masuk ke dalam air kumbahan yang sememangnya kotor. 

Menurut Adams, sikap tukang paip yang bersikap serius dan bekerja keras dengan tugasannya amat menyentuh hatinya. Apa yang terfikir ketika itu, "suami saya semestinya tidak percaya dengan keadaan yang berlaku." jadi dia pun segera mengambil keadaan sebenar gambar tersebut. 

Tukang paip tersebut seorang penjawat kerajaan bernama Jimmie Cox kini berumur 23 tahun, berkenaan paparan gambar tersebut disambut baik orang di laman web, dia menyatakan secara rendah diri, "Bagi mereka yang bekerja di bidang tersebut, ramai juga akan berbuat demikian."

Lepas itu, ada syarikat seluar jeans melihat gambar tersebut, bukan sahaja memuji tukang paip itu seorang wira masyarakat, malah berjanji menghadiahkan sehelai seluar jeans untuknya.- CARI 




sumber info: www.thenew93q.com

22

Bagus
7

Marah
22

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 30-8-2016 04:22 PM


bagus sungguh tukang paip ni..
dedikasi dlm keja..

harap beliau juga dapat sehelai baju baru...
Quote chinta89 30-8-2016 04:25 PM
kenapa ade dua thread hoiii..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... =1014486&extra=
Quote holothurian 30-8-2016 06:24 PM
sehelai je?
Quote mesmerize 30-8-2016 07:21 PM
astaga.. sanggup dia masuk dalam air kumbahan yg kotor ittew.. dah tu nampak ke dek apa yang ko godek2 dalam tu
Quote boyagombak 30-8-2016 07:47 PM
mesmerize replied at 30-8-2016 07:21 PM
astaga.. sanggup dia masuk dalam air kumbahan yg kotor ittew.. dah tu nampak ke dek apa yang ko gode ...

Of course dia nampak air kincin, tahik dan mungkin pad Adams yg tersangkut lalu menyebabkan saluran paip tersebut picah. Yang menghairankan camner dia menahan nafas dlm air trsbt. Adakah dia memakai google translate.phewwww air trsbt x masuk ke dalam mulut,idung,tinger ataupun bibir x merasakah kelazatan air itttewww
Quote mesmerize 30-8-2016 07:53 PM
boyagombak replied at 30-8-2016 07:47 PM
Of course dia nampak air kincin, tahik dan mungkin pad Adams yg tersangkut lalu menyebabkan salura ...

zizik kan sis .. mesti kuman bakteria dari bahan kumbahan semua masuk dalam rongga2 mata, hidung, telinga dan meresap ke dalam kulit heshe.harus la heshe mandi dettol 40 hari 40 malam
tapi respect la dia sanggup buat sebegitu untuk customer dia. ai aritu office pass n employee card ai jatuh dalam lubang jambang cangkung pun pekerja maintenance taknak ambikkan .. terpaksa ai buat baru n terbang duit 100 lebih
Quote FARRAZOOL 31-8-2016 11:59 AM
Perghhhh...trbaekkk
Quote barfi 31-8-2016 05:31 PM
Big respect to you abg plumber. Tapi seriously geli doww. Sgala najis berkumpul kat situ
Quote mujer_in_espejo 1-9-2016 07:58 AM
Nampak kah dia? Hoho...
Quote rospinki 1-9-2016 09:05 AM
Bagus cuma kurang cerdik..masalah yg dia repair akan berulang. Elok buat saliran baru.
Quote nut.legacy 1-9-2016 09:16 AM
respect... sini mmg payah la selagi x cukup kelengkapan..
Quote -electrifying- 1-9-2016 10:01 AM
terbaik... dedikasi
Quote devilito2 1-9-2016 11:57 AM
bagus betul ...
Quote Artemesiaa 1-9-2016 12:01 PM
Mesti beliau betul2 minat dengan kerjayanya tu sampai sanggup berbuat sebegitu
Quote tripleid 1-9-2016 05:32 PM
apsal air taik mat saleh tu nmpak mcm bersih je
klo kumbahan kt sini mesti pekat itam legam tgk pn geli
Quote xsd0303 1-9-2016 07:40 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote matchstick 1-9-2016 08:00 PM
x boleh pam dulu ke air kumbahan tu ke tmpt lain..dh kering/ kurang air baru repair part mana yg rosak. x penah lg aku tgk staf iwk menonggeng lagu tu kt dlm lubang taik. silap haribulan boleh kojol
Quote evlinne 4-9-2016 01:27 AM
Kedekut gila bagi sehelai je. Patutnya Ellen DeGeneres jemput dia kt talk show. Silap2 Levis supply dia jeans setahun atau for a lifetime. Mcm si kes "Damn, Daniel!" dapat bekalan Vans shoes for a lifetime.
Quote RatuDunia94 4-9-2016 04:27 AM
Xde SOP ke abam plumber ni?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.108762 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top