Oleh : TS LOO Untuk bulan September ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Nor Manshor Abdul Ghafar berkata, harga runcit bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 berharga RM2.05 seliter. Sementara itu, harga runcit bagi diesel untuk September kekal seperti Ogos. Harga runcit petrol sepanjang Ogos bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala RON97 berharga RM2.10 seliter.- CARI Sumber berita : Bernama
|
16
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RP255 replied at 1-9-2016 07:00 AM
kalau turun sahaja takpe la juga
ini bagi turun sekejap
PKR: Tetap harga minyak secara mingguan 2 Jan 2015, 1:00 tengahari 2 Jan 2015, 1:06 tengahari
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan menetapkan harga minyak secara mingguan dan bukan secara bulanan seperti dilakukan sejak sebulan lalu.
Menurut Rafizi, penetapan harga mingguan itu bagi memanfaatkan trend kejatuhan harga minyak yang dijangka akan berterusan sepanjang tahun 2015.
Katanya, penetapan harga bulanan sekarang akan menyebabkan orang ramai akan membayar harga minyak tinggi yang merupakan purata harga sebulan sebelumnya.
"Apabila semakan dan penyelarasan harga lambat dilakukan, rakyat terpaksa membayar harga sebulan yang lepas yang sudah tentu jauh lebih tinggi dari harga dan kos sebenar yang ditanggung syarikat minyak," kata Rafizi dalam kenyataan.
Rafizi mendakwa, amalan pada masa ini membolehkan kerajaan memanipulasi perbezaan di antara harga minyak pasaran yang jauh lebih rendah daripada harga minyak apungan untuk membolehkan ia mengutip "cukai tersembunyi" dari orang ramai.
Menurut hitungan yang dilakukannya, dalam bulan Disember 2014 sahaja, kerajaan didakwa mengutip cukai tersembunyi sebanyak RM633 juta, dakwanya.
Tegasnya, jika sistem apungan terkawal bulanan sekarang berterusan, cukai tersembunyi bagi tahun 2015 itu dijangka berjumlah di antara RM3 bilion sehingga RM5 bilion.
"Saya menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali.
"Harga bagi minggu ini adalah harga purata petrol dan diesel bagi 7 hari sebelumnya," katanya.
Harga runcit minyak petrol RON95 turun kepada RM1.91 seliter mulai tengah malam 1 Januari lalu. Harga diesel pula turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 pula turun kepada RM2.11 seliter.
rashiman replied at 1-9-2016 09:45 AM
Kalau ikut cadangan Rafizi, tak sampai sebulan, seminggu dah berubah harga..
RP255 replied at 1-9-2016 12:13 PM
kenapa tak tetap sahaja harga ?
letak sahajalah harga RM1.50 seliter.
-electrifying- replied at 1-9-2016 12:34 PM
bln ni trun 5 sen, bln dpan naik 15sen perangai
rashiman replied at 1-9-2016 12:54 PM
Dulukan dah buat macam itu, harga petrol ditetapkan dalam tempohmasa yg agak lama, naik turun ha ...
RP255 replied at 1-9-2016 01:20 PM
kalau harga minyak turun, turunkanlah ikut harga semasa
apa masalahnya
rashiman replied at 1-9-2016 02:34 PM
Alhamdulillah..sekarang pun kerajaan meletakkan harga minyak yg boleh dikatakan tidak membebankan. ...
RP255 replied at 1-9-2016 02:55 PM
negara lain mana ada minyak macam malaysia
kita negara pengeluar minyak
ADVERTISEMENT