Oleh : TS LOO Bagi menghadapi penularan jangkitan virus Zika Jabatan Kesihatan Johor bakal melaksanakan beberapa tindakan termasuk mengeluarkan arahan agar orang ramai membuat semburan aerosol racun pembunuh nyamuk di dalam kenderaan masing-masing setiap kali keluar masuk Singapura. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat, langkah itu perlu diambil berikutan peningkatan mendadak jangkitan virus tersebut di republik berkenaan, terutama Johor sering menjadi tumpuan kemasukan rakyat Singapura. Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan kenderaan dimaksudkan termasuk lori, bas awam, bas sekolah, kereta persendirian dan juga kereta api. Ini memastikan tidak ada nyamuk bervirus dibawa bersama dalam kenderaan.
Tambah beliau, pihak berkuasa tempatan dan pegawai-pegawai daerah juga diarah memfokuskan pembersihan di kawasan-kawasan sering dikunjungi warga Singapura termasuk tempat makan terbuka atau restoran, tempat-tempat rekreasi dan hiburan terbuka, pasar tani serta pasar borong. Beliau turut menjelaskan pihaknya terpaksa bertindak lebih tegas memandangkan jumlah kunjungan penduduk negara berkenaan ke Johor, dan juga jumlah penduduk negeri ini bekerja di Singapura adalah sangat tinggi, antara 200,000 dan 300,000 orang sehari.- CARI sumber berita : Bernama
|
17
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
25
Sedih |
26
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sub5zero replied at 3-9-2016 03:33 PM
Kalau @kak_sue masuk sila spray mulot dia dgn ridsect ka.. fumakilla ka....
kaishi replied at 3-9-2016 10:08 PM
Nasib baik aku tak masuk spore haritu
2 3 hari lepas tu kecoh pasal zika ni
ADVERTISEMENT