CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Kawasan Sekitar Lembah Klang Banjir Akibat Fenomena Air Pasang Besar

19-9-2016 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6532| Komen: 17

Oleh : TS LOO


sumber foto: http://www.sinarharian.com.my

sumber foto: akaun FB Farid Faizah Bizzone


Ekoran fenomena air pasang besar awal pagi semalam, sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir akibat limpahan air laut.

Bagaimana pun, setakat ini, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian itu tidak memerlukan pemindahan mangsa dan tiada kemalangan jiwa.

Tambah beliau, sejak tengah hari tadi keadaan banjir di semua kawasan yang terlibat telah kembali normal setelah air surut.


Kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar itu ialah Kampung Tok Muda, Kapar dengan paras ketinggian air 100 hingga 250 milimiter (mm); Taman Maznah, Klang (50 hingga 250 mm); Taman Selat Selatan, Klang (50 hingga 200 mm).

Selain itu, kawasan Sementa, Klang turut dinaiki air dengan ketinggian 50 hingga 200 mm; Kampung Sungai Pinang, Klang (900mm); Kampung Tok Muda, Pulau Indah, Klang (900 mm); Jalan Klang-Banting, Pandamaran (900 mm); dan Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang (900 mm).

Bagi daerah Kuala Selangor pula, kawasan yang dilimpahi air sungai akibat peningkatan paras air laut adalah pekan Bagan Pasir Penambang dengan paras air mencecah 100 hingga 200 mm manakala kawasan Pantai Remis pula mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter.

Orang ramai terutamanya yang berdekatan dengan kawasan sungai atau laut diminta mengambil langkah berjaga-jaga, ini kerana jangkaan fenomena air pasang besar akan berlaku beberapa kali lagi pada hari ini, saranan Mohd Sani.- CARI

sumber foto: akaun FB Farid Faizah Bizzone
sumber foto : gambar akaun FB Di ambang PRU 14



sumber berita: www.sinarharian.com.my

26

Bagus
6

Marah
30

Terkejut
23

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haikalkah 19-9-2016 05:56 PM
sama mcm banjir kilat ke?
Quote bolamata 19-9-2016 07:00 PM
Ada dapat video air pasang tu kat group whatsapp..
Quote famri7 19-9-2016 07:03 PM
Cash ke sis?
Quote Mary_jane 19-9-2016 08:52 PM
Stay safe semua.
Quote ninnakarinna 19-9-2016 09:18 PM
Dulu duk segambut.slalu banjir.fhm sgt perasaan org kena banjir.skrg da pindah..alhamdulillah..
Quote makbedah 19-9-2016 10:40 PM
Kesiannya. Hati-hati...
Quote Artemesiaa 19-9-2016 10:42 PM
Bila banjir surut letih le nak membersihkannya nanti.  Nak2 yg ini dah bercampur air laut tak dibersihkan betul2 mau berkarat.
Quote Joannalee 19-9-2016 10:48 PM
Siannya banjir
Quote kelapaparut 19-9-2016 10:50 PM
Kalu cash, ape dosa penduduk klang ye, nmpk baik2 belake
Quote jazaa100 19-9-2016 10:53 PM
Kesiannya....

Sedang nyenyak tido tetiba rasa sejuk je...rupanya rmah dah penuh air...
Quote CauPandin 19-9-2016 10:54 PM
aiyooo King Tide, bertabahla smua ye.

harap2 smua safe and sound gitew
Quote seng1981 20-9-2016 02:20 AM
teruknya..
Quote amylopectin 20-9-2016 06:04 AM
Salah PKR ke BN ni
Quote chinta89 20-9-2016 09:47 AM
bertabahlah.. x kira la porumer nak ckp cash ke, nk persoal salah BN salah pembangkang ke, ape salah penduduk kat situ wat maksiat ke..


yg plg baik kita bharap semua selamat n keadaan kembali pulih, bukan nk ckp salah itu salah ini.

*kejap lg yg la yg hencap aku tuuuu
Quote Pajeri_Nenas 20-9-2016 09:53 AM
kelapaparut replied at 19-9-2016 10:50 PM Kalu cash, ape dosa penduduk klang ye, nmpk baik2 belake

Klang? Baik? Tak parallel
Quote kentel 20-9-2016 10:02 AM

sis jgn nak cash sangat...sis tunggu jah kelate bah besar lagi baru boleh cash
Quote zie_indah 20-9-2016 10:52 PM
Semoga semua selamat

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.215939 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top