CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beipanjiang, Jambatan Tertinggi Di Dunia Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini

22-9-2016 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8355| Komen: 17


Oleh : Dean BZ


Jambatan menjadi penghubung utama kepada pengangkutan darat untuk ke sesuatu tempat yang sukar dilalui. Selain itu, jambatan yang unik juga menjadi tumpuan pelancong kerana ia juga dianggap sebagai ikonik bagi sesebuah tempat.

Di China, pasukan jurutera negara itu telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia di mana, kedua-dua bahagian jambatan itu telah dihubungkan pada minggu lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai.  Ukuran jambatan tertinggi di ambil kira melalui jarak di antara struktur jambatan dan permukaan bumi. Untuk jambatan dengan struktur tertinggi, ia adalah milik jambatan Millau Viaduct di Perancis, dengan struktur setinggi 343 meter.


Jambatan Beipanjiang akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia, tambah kenyataan tersebut.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam, menurut stesen televisyen.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus berbangga kerana negara kita turut memiliki sebuah jambatan yang cukup terkenal dan merupakan jambatan ke-4 terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Pulau Pinang. Jika dilihat, struktur Jambatan Pulau Pinang juga tidak jauh bezanya dengan Jambatan Beipanjiang ini - CARI.






11

Bagus
36

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aduh2sayang 22-9-2016 07:24 PM
kalah jambatan gerik
Quote husie91 22-9-2016 09:49 PM
Gayaaaattt
Quote Jooy112 23-9-2016 12:03 AM

Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote devilito2 23-9-2016 11:58 AM
wow.. tingginya
Quote makbedah 23-9-2016 12:57 PM
Takut sebab tinggi sgt ...
Quote holothurian 23-9-2016 02:56 PM
tinggi nya....
Quote epis 23-9-2016 07:23 PM
Jambatan ke-4 terpanjang? Bukan jmbtn pulau pinang jmbtn terpanjang di asia tenggara ke ?
Quote Artemesiaa 23-9-2016 09:53 PM
Wow cantik pemandangannya awan bawah jambatan tu
Quote hanisbunny 24-9-2016 04:18 AM
gayatnyeee...
Quote imransulaiman 24-9-2016 12:57 PM
epis replied at 23-9-2016 07:23 PM
Jambatan ke-4 terpanjang? Bukan jmbtn pulau pinang jmbtn terpanjang di asia tenggara ke ?

Kan? Rasanya terpanjang kot   

Ke ada lagi yang lebih panjang?  
Quote cmf_Kimmy 24-9-2016 07:54 PM
aku selalu membayangkan perkara 2 buruk yg mungkin berlaku,.......

kalau sekiranya terjadi gempa bumi, kukuh tak jambatan ni?

tak dapat nak dibayangkan sekiranya jambatan ni terputus dua dan yg tengah2 terus menjunam ke dalam gaung dibawahnya.

aku sebenarnya gayat dan penakut....
Quote delisha09 25-9-2016 09:00 PM
gayatnya tgk dr atas
Quote -electrifying- 26-9-2016 03:30 PM
mcm seram je
Quote iznanaziz 27-9-2016 10:51 AM
aku tak ingat kat mana tah
ada gambar penduduk kampung yg melintasi gunung2 hendak ke pekan
mmg bahaya
budak2, org tua...seriau aku tengok
kalau la jambatan spt ni dibina di sana...alangkah bagusnya
Quote iznanaziz 27-9-2016 10:54 AM
cmf_Kimmy replied at 24-9-2016 07:54 PM
aku selalu membayangkan perkara 2 buruk yg mungkin berlaku,.......

kalau sekiranya terjadi gempa  ...

aku pun gayat dan penakut
sedangkan rumah apartment yg ada balcony kat luar tu....
tak berani aku nak keluar ke balcony...
jambatan gantung tu pun aku terpaksa lalu
tu pun kena paksa masa buat jungle trekking

Quote BalQis73 28-9-2016 11:58 AM
takutnya tgk...mengigil nak guna jambatan ni...huhu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.244140 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top