Berikutan kelab bola sepak Eropah kian menjadi sasaran pelaburan buat kebanyakan kumpulan peniaga besar di China termasuk sanggup membayar gaji jauh lebih lumayan dari kelab di Eropah, kini nama besar seperti Alex Teixeira, Ramires dan Jackson Martinez telah dibeli untuk beraksi di Liga Super China. Selain itu pelabur China juga memiliki saham dalam beberapa kelab ternama Eropah, antaranya Inter Milan, Manchester City dan Espanyol. Bagi bekas Pengerusi Hull City, Paul Duffen, tawaran gaji lumayan di liga berkenaan menjadi punca semakin ramai pemain bintang akan menukar haluan ke China. "Banyak lagi nama besar akan beraksi di China kerana habuan lumayan mendorong mereka pindah ke sana."
Pengarah Pemasaran Liga Super China (CSL) Li Jiuquan berkata, Kapten England dan Manchester United , Rooney adalah seorang daripada pemain bintang yang akan tampil dalam liga berkenaan tidak lama lagi. "Mungkin Messi dan Ronaldo lebih terkenal. Pemain handalan dunia akan datang ke sini, itu sesuatu yang pasti."- CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT