Akhirnya penyampai radio dan tv, Fara Fauzana membuka mulut dan menyatakan sesuatu tentang pembatalan perkahwinannya.
Menerusi BH Plus, Fara mengakui berasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Namun dia tak mahu terus dalam keadaan sedemikian, dan tetap meneruskan kehidupan sebaik mungkin. “Saya cuma nak orang tahu adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia atau seseorang yang tidak berhati perut. Namun begitu saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif” “Tetapi pada masa yang sama saya tak mahu terlalu menunjukkan diri ini gembira dan bahagia kerana nanti dianggap tidak realistik pula. Keputusan yang saya buat itu bukanlah kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada sesiapa. Cuma nak beritahu tidak salah kita buat keputusan yang boleh menggembirakan kita serta masa depan yang lebih bermakna”
“Diakui insiden ini sesuatu yang amat besar pernah berlaku dalam hidup saya. Begitupun ia tidak bermakna saya kena berpura-pura. Tidak salah jika saya tunjukkan yang kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan, lupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa,” terangnya yang kini mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan juga keluarga. - CARI |
16
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
11
![]() Terkejut |
6
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT