CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemunculan Harimau Dahan Menggemparkan Felda Kota Gelanggi

4-10-2016 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12821| Komen: 66


sumber foto: 3.bp.blogspot.com


Kemunculan seekor harimau dahan di Felda Kota Gelanggi 3 menggemparkan suasana tenang awal pagi Isnin di kawasan berkenaan.

Difahamkan harimau itu daripada spesis Neofelis Nebulosa dan dipercayai dari hutan berhampiran dan berada di bawah rumah seorang penduduk tersebut untuk berteduh serta mencari makanan.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zaide Mohamed Zin, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi dan sekumpulan anggota jabatan berkenaan segera diarahkan ke lokasi. 

Tambahnya, bagi mengelakkan haiwan seberat 60 kilogram berkenaan melarikan diri, pihaknya memasang jaring di sekeliling bawah rumah tersebut dan haiwan berkenaan berjaya ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali pada pukul 2.05 petang. 


“Tiada kecederaan luaran dikesan pada haiwan berkenaan namun ia berada dalam keadaan sangat tertekan."

“Haiwan ini akan dilepaskan di Rizab Hidupan Liar Krau, Kuala Krau setelah sedar dan berada dalam keadaan stabil.” - CARI
18

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 4-10-2016 10:02 AM
comelnya awakkkkkkk .. memang cantikkkk .. gorgeus ... mojes ... awesome .....
kita punya Harimau and Badak dah nak pupus ... sadis
Quote CikNano 4-10-2016 10:12 AM
comelnya nasib baik xjd pape dkt awak
Quote kukulangau 4-10-2016 10:13 AM
kenapa lepas balik kat hutan rizab?
letak la kat zoo mesti ramai nak tengok
aku pun first time tengok harimau dahan ni
apa in english nye sapa tau?
Quote chinta89 4-10-2016 10:18 AM
wawww cantinya pic rimau ni... comey2..
Quote chaintea 4-10-2016 10:22 AM
nama lainnya rimau akar kan

nama omputih clouded leopard

masa kecik dulu kena marah ngan arwah atuk tinggalkn sisa makanan dekat dgn kandang kambing

rimau akar dtg bg salam...



Quote shara154 4-10-2016 10:22 AM
kukulangau replied at 4-10-2016 10:13 AM
kenapa lepas balik kat hutan rizab?
letak la kat zoo mesti ramai nak tengok
aku pun first time ten ...

Clouded leopard
Quote shara154 4-10-2016 10:23 AM
Kesiannya dia dah la xde rumah. Hutan dah bis ditebang
Quote kukulangau 4-10-2016 10:25 AM

mak aihh anak beranak leopard ke?? sebab besar tompok eh

aku ingat ala2 kucing hutan

Quote insulin 4-10-2016 10:29 AM
Comel...walaupun garang...
Quote shara154 4-10-2016 10:29 AM
kukulangau replied at 4-10-2016 10:25 AM
mak aihh anak beranak leopard ke?? sebab besar tompok eh

aku ingat ala2 kucing hutan

Ha ah famili sedara mara leopard jgk la ni.
Bila google gamba mmg comel2 je  
Quote ad_hoc79 4-10-2016 10:33 AM
comel... sian ia. lapar ek
Quote shara154 4-10-2016 10:34 AM
ad_hoc79 replied at 4-10-2016 10:33 AM
comel... sian ia. lapar ek

Kalau ikut berita dia dah kenyang mkn beberapa ekor ayam kat kampung tu  
Quote ketekodok 4-10-2016 10:40 AM
kukulangau replied at 4-10-2016 10:13 AM
kenapa lepas balik kat hutan rizab?
letak la kat zoo mesti ramai nak tengok
aku pun first time ten ...

manusia pun tak suka dikurung. inikan pulak haiwan.....biarkan mereka bebas dalam habitat masing masing......
Quote prettyuglybabe 4-10-2016 11:00 AM
comelnya.. cantik corak bulu dia..
Quote ad_hoc79 4-10-2016 11:11 AM
shara154 replied at 4-10-2016 10:34 AM
Kalau ikut berita dia dah kenyang mkn beberapa ekor ayam kat kampung tu

owh ye ke... artikel kat atas xde pulak tulis.

kiranye ia bersantai2 lah bwh rumah org tu
Quote mzzenma 4-10-2016 11:15 AM
cantiknya beliau..selamat tak diapa-apakan

Tu lah manusia, gatal biji tebang hutan sana sini. Kau suka kalau orang datang and bakar rumah kau?
Kau buat dekat creature lain tak pa pula. Lepas tu bila binatang tu lari cari habitat baru gigih kau nak tangkap and bunuh.

spesis Neofelis Nebulosa -  Mzz suggest letak nama dia Neelofa
Quote mesmerize 4-10-2016 11:25 AM
kat berita semalam tengok dia tak kacau siapa2 pun.. cuma duduk lepak bawah rumah orang diam2... kalau ai takkan nak call perhilitan ni segala.. ai bela je tapi free roaming la.. bagi aje ayam mentah sekor ke.. kelaparan kot tu ..nampak macam tak merbahaya je binatang ni..
Quote mesmerize 4-10-2016 11:28 AM
kukulangau replied at 4-10-2016 10:13 AM
kenapa lepas balik kat hutan rizab?
letak la kat zoo mesti ramai nak tengok
aku pun first time ten ...

lebih baik dilepaskan di dalam habitat dia sendiri sis.. dia haiwan liar..kesian binatang2 yg terkurung dalam zoo
Quote ellejo 4-10-2016 11:28 AM
comelnya..rasa macam rela je dingap beliau seperti kucing ngap jari kita sewaktu bermain

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.163617 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top