CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Bertunang Terkubur Di Dalam NISSAN SYLPHY

31-7-2013 01:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7205| Komen: 33

Alor Setar: “Arwah ada menyuarakan hasratnya untuk bertunang selepas Aidilfitri ini beberapa hari lalu, malah dia nampak bersemangat mengemas dan mengecat rumah sambil dibantu rakannya, Sabtu lalu,” kata Mashitah Rafie.

Mashitah, 45, adalah kakak kepada Mohd Izwan Faiz Rafie, 26, yang maut dalam kemalangan bersama rakan niaganya, Zahiroh Zakaria, 39, apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki di Batu 6, Jalan Alor Setar-Sungai Petani, dekat sini, jam 4.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Mohd Izwan yang memandu kereta Nissan Sylphy dipercayai mati serta-merta di tempat kejadian akibat tersepit di tempat pemandu, manakala Zahiroh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, ketika menerima rawatan kira-kira sejam kemudian.

Mashitah berkata, Mohd Izwan paling rapat dengannya, malah banyak berkongsi masalah dengannya kerana arwah adik kelima yang juga lelaki tunggal dalam keluarga seramai enam beradik.



ANGGOTA polis trafik Kota Setar, Koperal Sabri Ahmad melihat kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki.

“Sabtu lalu saya pulang ke rumah ibu di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang, dekat sini, untuk berbuka puasa dan ketika itu, saya sempat bertemu dengan Mohd Izwan yang ketika itu sangat sibuk mengemas rumah serta memasang lampu hiasan dalam rumah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 31-7-2013 11:34 AM
gilo mungols.

berkoyan2 dah si tulol neh kene maki kat sini.
Quote cikatilia 31-7-2013 11:36 AM
laju gila la tuh
Quote benzo33 31-7-2013 11:36 AM
Agaknya TT nak minta forumers maki lagi kat penyebab kemalangan tu
Quote kasibiman 31-7-2013 11:46 AM
benzo33 posted on 31-7-2013 11:36 AM
Agaknya TT nak minta forumers maki lagi kat penyebab kemalangan tu

ek eh..


pekejadah?


isi eksiden tranung dgn golf jadi tukar isi eksiden di kulai dgn odyssy?

wadefak???!!

Quote mikasa 31-7-2013 11:47 AM
mudanya pemandu odesey...mesti keta bapak
Quote freekey 31-7-2013 11:48 AM
so odyssey ni dah ada ke blom?





Quote benzo33 31-7-2013 11:50 AM
kasibiman posted on 31-7-2013 11:46 AM
ek eh..

aiyakk..hairan bin ajaib..sudah tukarlah
Quote nuralisa 31-7-2013 11:50 AM
dah adalah..tajuk clear lagi..
Quote SANKURIANG 31-7-2013 11:52 AM
Budak2 lagi semuanya, ALLAH maha mengetahui
Quote dreamy_forest 31-7-2013 11:53 AM
mak aihhh...muda2 mangsa accident ni...keluar berita camni mmg mengesahkan statistic PDRM majority kemalangan maut melibatkan remaja...yg baru dpt lesen kete
Quote kadijot 31-7-2013 11:54 AM
muda2 belaka  mangsa2 ni..
Quote noor2 31-7-2013 11:56 AM
lajunya...sampai berkecai mcm tu...belum lagi viva....kira nissan ni tahan jauh dari viva



innalillah
Quote peachRose 31-7-2013 11:56 AM
adeiii..tukau lagi...
Quote maxim 31-7-2013 12:00 PM
freekey posted on 31-7-2013 11:48 AM
so odyssey ni dah ada ke blom?

ingt kt bod gosip jah uols ade penyakit nih
Quote peachRose 31-7-2013 12:01 PM
maxim posted on 31-7-2013 12:00 PM
ingt kt bod gosip jah uols ade penyakit nih

ooo..penyakit TT ni bawaan dari sana la yer...kesiannn...
Quote freekey 31-7-2013 12:02 PM
mana i ada penyakit..





Quote maxim 31-7-2013 12:02 PM
takutnya bila tgk berita mcm2 cara org mati..bekalan ke sana xde apa pn lg..cemana la kalau ttiba arini mati
Quote maxim 31-7-2013 12:03 PM
peachRose posted on 31-7-2013 12:01 PM
ooo..penyakit TT ni bawaan dari sana la yer...kesiannn...

tp cam dah lama x wat prangai kat sana rupanya dok lepaskan napsu kat sini
Quote ell768 31-7-2013 12:05 PM
isk..ni kalau kat2 musim perayaan..mmg mcm2 eksiden laaa...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067492 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top