Pelakon dan pelawak, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 47, mengakui dirinya lebih dekat kepada Islam selepas kerap kali dijemput mengadakan ceramah dalam forum agama di surau dan masjid sekitar ibu kota. Menurut mStar Online, Saiful berkata perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. "Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. "Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama," ujarnya kepada mStar Online.
Saiful juga menjelaskan bahawa sudah lama dia mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan. "Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik. "Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam," ujarnya. Kami mendoakan semoga Saiful Apek sentiasa istiqamah dan lebih ramai lagi rakan-rakan artis mengikut jejak beliau. - CARI |
25
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MarryPottet replied at 5-10-2016 04:17 PM
dia ni ada tauliah ker untuk beri ceramah dlm forum agama?
sedangkan ulama hebat & ustaz yg mengaji ...
MarryPottet replied at 5-10-2016 08:17 AM
dia ni ada tauliah ker untuk beri ceramah dlm forum agama?
sedangkan ulama hebat & ustaz yg mengaji ...
supersudoku replied at 5-10-2016 01:40 PM
kalau dah sendu gini lah..tp xperlah mujor ke arah islamic..
CARI-HBZ replied at 5-10-2016 12:35 PM
Foto - cinema.com.my
tembamgirl09 replied at 6-10-2016 03:13 AM
statement mcm baru convert je adoii.. mendekati mendekati
ADVERTISEMENT