CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nimati Keenakkan Kuih Bingka Ubi Di Petang Hari

6-10-2016 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4030| Komen: 11


Pernah tak makan kuih bingka ubi kayu? Kalau di pantai timur Malaysia ia dikenali sebagai kuih bengkang ubi kayu.

Tidak mustahil generasi kini ada yang belum pernah merasa keenakkan kuih tradisi turun temurun ini kerana kuih ini agak "rare" dan sudah jarang ditemui di gerai-gerai menjual kuih.


Cara pembuatannya tidaklah sukar, ubi kayu yang siap diparut terus dicampur santan, gula, garam kemudian masukkan ke dalam loyang. Ingat! jangan tambah sebarang tepung kerana ubi kayu sememangnya sudah berkanji. Kalau tak memang kuih bingka anda tidak akan menjadi.

Nak cuba buat dirumah? Ikut satu persatu cara-cara seperti resipi dibawah ini. Resipi dipetik dari blog resipibonda.com.

Kredit foto - resepibonda.com

Bahan-Bahan :


4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka.

9. Potong bila dah sejuk.

Jangan lupa hidangkan bersama kopi panas. Memang sedap! - CARI 


5

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kumi9609 6-10-2016 12:45 PM
sedap....
Quote dubuk 6-10-2016 02:05 PM
sedapppppppppppppp
Quote sapeka 6-10-2016 03:09 PM
sedapnye...
lemak2 manis
Quote deathacker 6-10-2016 09:18 PM
mmmm yummy
Quote yusryimran 10-10-2016 03:02 PM
hakak mmg suka kuih ni terutama bahagian yang kerak mmg sedap..
Quote abangbeca 12-10-2016 07:31 AM
Tak pernah makan...pernah tengok...
Quote vender 12-10-2016 01:40 PM
Sampai harini iols teringat lagi bingka ubi sorang pakcik kat seksyen 18 shah alam depan masjid unta.

Setiap hari iols beli awal, kalau lambat habis.
Sedap sangaaaaaat!
Quote zie_indah 22-10-2016 03:58 PM
Yummy.....yummy.....
Quote MekArchana 16-11-2016 01:04 AM
Sedapnya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074613 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top