Lama juga tidak mendengar khabar berita tentang penyanyi Intan Sarafina yang popular sekitar awal tahun 2000 dengan lagu berjudul "kembali". Setelah 8 tahun menyepi, akhirnya dia mengambil keputusan untuk kembali aktif mewarnai semula dunia seni hiburan tanah air. Apa yang menarik menurut mStar Online, Intan atau nama sebenarnya Intan Sarafina Ungku Yahya, 35, berkata, dia sering menjadikan bilik air sebagai tempat untuk melepaskan gian menyanyi setelah lapan tahun meninggalkan dunia seni itu. Perkara itu berlaku secara spontan setiap kali dia masuk ke bilik air dan mempercayai, langkah itu berjaya mengekalkan kemampuan vokalnya hari ini. “Kalau nak bercerita tentang rahsia penjagaan suara tak ada sebenarnya saya sering melepaskan gian menyanyi ketika di bilik air. Saya rasa ia menjadi faktor kenapa saya boleh pertahankan mutu vokal biarpun sudah lapan tahun tidak aktif menyanyi,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu Intan turut memberitahu selama ini dia banyak menghabiskan waktu bersama keluarga selain turut menyertai beberapa aktiviti larian maraton dalam usaha menguruskan badan. Kata Intan, sebelum mendapat berat badan yang ideal seperti sekarang dia pernah mengalami masalah kegemukan terutamanya setelah melahirkan tiga anak. Dalam perkembangan lain, Intan mengakui timbul sedikit perasaan risau untuk berhadapan dengan komen-komen juri selepas dia ditawarkan menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga bermula 16 Oktober ini. Terdahulu, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ezzahuddin Dr Ahmad Zulkiflee, 40, mereka dikurniakan Megat Evan Raez, 7 Megat Ifrafel Raez, 5 dan Megat Noah Raez, 2,- CARI |
19
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT