Malang sungguh nasib seorang pekerja di sebuah spa di Tanjung Aru apabila dia dipercayai dibunuh hanya kerana menolak lamaran seseorang. Ahad lalu, Harian Metro melaporkan seorang pekerja pusat kecantikan ditemui mati dalam keadaan terbaring dan mulutnya mengeluarkan darah di sebuah premis berdekatan Tanjung Aru kira-kira jam 11.30 pagi.
Laporan awal polis ke atas kes kematian Norfazlina Abantas, 20, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada kesan selongkar atau geledah di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada gusi mangsa selain patah tulang hidung dan sebatang gigi tercabut dipercayai dihentak benda tumpul.
"Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan dicekik oleh suspek. "Berdasarkan daripada maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan dua suspek dalam tangkapan berasingan di Kota Kinabalu,"katanya. Beliau menjelaskan lagi bahawa motif awal kejadian ini disebabkan suspek yang tidak puas hati terhadap mangsa selepas lamarannya ditolak. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI
|
31
Bagus |
25
Marah |
41
Terkejut |
29
Sedih |
28
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
annehuda replied at 11-10-2016 01:42 PM
nasib perempuan... kalau menolak lamaran, tak kene bunuh, kene santau plak
ADVERTISEMENT