CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adi Putra Elak Kongsi Foto Isteri Kedua

13-10-2016 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20875| Komen: 125


Sumber: Berita Harian

Namanya menjadi kontroversi kerana isu berpoligami, dan sekarang Adi Putra menyatakan dengan tegas yang dia tak mahu kongsi gambar atau apa-apa maklumat tentang isteri keduanya itu di laman sosial.

Langkah itu diambil supaya perkahwinan keduanya itu tidak akan terus menjadi buah mulut orang dan menyebabkan mana-mana pihak berkecil hati atau terluka.

"Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri? "Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial," katanya kepada Berita Harian.


Adi juga menyatakan bahawa bukan hati isteri-isteri sahaja perlu dijaga, malahan keluarga kedua-dua belah pihak. Setakat ini, Adi belum menemukan kedua-dua isterinya secara bersemuka dan menunggu waktu yang sesuai pada masa akan datang.

Sumber: Astro Gempak
Tambah Adi, "Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir." 

Sebelum ini dalam sebuah sidang media, Adi telah mengesahkan dirinya bernikah lagi satu dengan Nor Shahida Zolkifly pada 20 Jun lalu.  Pengakuan ini dibuat ekoran penyebaran gambar perkahwinannya di internet.

Adi juga pernah dilanda kontroversi sebelum ini rentetan isu tentang rumah tangganya dengan isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, yang berantakan sehingga mahu memfailkan penceraian, namun membatalkannya.-CARI
17

Bagus
13

Marah
28

Terkejut
27

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaraaqilah 13-10-2016 10:13 AM
yerlah....amat bahaya tuk disclose everything pasal binik dia nih...maklumlah...wanted....
Quote mieymiey 13-10-2016 10:14 AM
Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib?

Perbandingan apakah ini??
Quote manehnya 13-10-2016 10:26 AM
x yah kongsi pun x per, hidung besar cam cok kembung
Quote CrowneGlory 13-10-2016 10:27 AM
yo la dah muka sebesar talam ...selayaknya laki x mo tunjuk...cuba muka mcm lopa ke kompom ko pamer hari2 khennn
Quote doubleA 13-10-2016 10:27 AM
mieymiey replied at 13-10-2016 10:14 AM
Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib?

Perbandingan apakah ini??

omg omg omg
Quote pearl.silver 13-10-2016 10:29 AM
dah keluar jel ke
Quote rosannazmia 13-10-2016 10:31 AM
Ntahlah,iols sian btl kat bini pertama dia ni....mcm2 dugaan dgn berlaki dgn dia ni.
Quote haruslah 13-10-2016 10:32 AM
mieymiey replied at 13-10-2016 10:14 AM
Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib?

Perbandingan apakah ini??

Tula pasal
Cm bongok jer
Tba2 solat lak
Btw dia dah quit blakon kn?
Quote mokcikKSKB 13-10-2016 10:33 AM
CARI-MRO replied at 13-10-2016 10:10 AM
Sumber: Berita Harian


Yelah..bini kau masih ada kes rasuah khen..
Eyh eyh..nk compare solat ngan sosial plak...nk bimbing bini plak..lps ni lehla tayang spender bgulung dlm wechat wasap utk bekas skandal yg dah single...almaklumlah..dh gagah ada dua bini khen
Quote mieymiey 13-10-2016 10:37 AM

Kalau yer pun nak semunyikan minik tu, takyah la bandingkan dengan solat yang dah sah-sah wajib. Motepppp??
Quote mieymiey 13-10-2016 10:40 AM
haruslah replied at 13-10-2016 10:32 AM
Tula pasal
Cm bongok jer
Tba2 solat lak

Nak menampakkan diri tu alim, haruslah compare dengan solat.
Rasanya dia ni berhenti dari dunia hiburan (gosip mosip) tapi tetap aktif dipersada seni (filem, drama). Kalau chuols paham la maksud si bebird ni, sebab aiols tapaham.
Quote orsay1 13-10-2016 10:41 AM
takde sapa nak share ig wife no 2 dia ke
Quote siputsedut 13-10-2016 10:49 AM
says adi bebird yang sibuk antar gambar bebird dekat bini orang thru whatsapp which is social media jugak...pfftttttt
Quote awekjepun 13-10-2016 10:52 AM
Malu la tu sbb wife ada kes rasuah..
Quote fifie_olin 13-10-2016 10:53 AM
oo wujud lg ke wife dia...
aku terpinga2 jap
Quote mrsLucky 13-10-2016 10:57 AM
Muka isteri kedua ada iras2 pelakon Zaibo...i wonder kalau ada talian keluarga..
Quote fynnkakiblock 13-10-2016 11:00 AM
alasan
Quote hzln 13-10-2016 11:03 AM
Banding media sosial dgn solat pulak
Nampak sgt jokpan propa level 9999
Quote mirandanicky1 13-10-2016 11:04 AM
Sudahlah kau Adi. Dulu penah minat kau jugak la...skrg senduuu

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052058 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top