CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Memeluk Agama Islam Bukan Masuk Melayu" - Bro Lim Jooi Soon

14-10-2016 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26058| Komen: 31|Original author: Oleh : Dean BZ


Ramai yang mungkin masih keliru dan beranggapan bahawa apabila seseorang bukan Muslim memeluk Islam, dia wajib menukar namanya kepada nama Islam. 


Walaupun undang undang telah digubal dan dikukuhkan lagi dengan nas yang sahih dari Quran dan Sunnah, tetapi masih ada segolongan di dalam masyarakat Islam enggan menerima. 

Untuk pengetahuan, nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya. 

Ia tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab, mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam bahasa Arab menukar nama mereka?


Mengupas mengenai isu nama Islam, pakar perbandingan agama, Bro Lim Jooi Soon tampil memberi penjelasan dan hujah dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Sharifah Fatimah Jitra minggu lalu. Difahamkan, Lim Jooi Soon merupakan mualaf pertama di Malaysia yang mengekalkan nama Cina selepas memeluk Islam. 

Antara isu kandungan ceramahnya, Bro Lim Jooi Soon memberitahu tentang dakwah kepada orang bukan Islam serta sebab-sebab mengapa beliau masih mengekalkan nama Cina. Tonton video dibawah ini.


Ini pula antara komen-komen dari netizen yang menonton video ceramah beliau.


Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 23 ribu perkongsian dan ditonton sebanyak 300 ribu kali. - CARI


45

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
27

Sedih
29

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mujer_in_espejo 14-10-2016 01:25 PM
Oh.. nama cina mungkin the first la di malaysia yg kekalkan nama cina.. tp sebelum ni nicholas syvister masuk islam x tuka nama pun
Quote irlene_hana 14-10-2016 01:38 PM
Sokong!! ... tak kisah nama dalam bahasa apa janji maksud baik2 cukup la. Kenapa la orang melayu ramai yang tak faham dan suka paksa tukar nama bila masuk islam. Like he said, dia masuk islam bukan masuk melayu.

Satu lagi masalah, bila masuk Islam terus kondem macam2 perkataan seperti yang Adam Corrie share dekat FB... sy ambik sebahagian kata-kata dia :

Apabila seseorang itu kembali kepada fitrah (memeluk Islam) , mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari saudara muslim nya.

Memang masyarakat teruja dgn syahadah mereka. Dari kajian dan pengalaman sendiri , kita janganlah ungkapkan ayat-ayat seperti

“Haa bila dah masuk Islam ni, jangan nak sibuk dapatkan hak bumiputra”

“Bila dah peluk Islam ni, jangan esok lusa Murtad plak ye”

“Kan dah peluk Islam, janganlah makan pakai chopstick lagi”

“Sabarlah.. sabarlah” (sakit jiwa dengar perkataan ni , lagi down)


https://www.facebook.com/adamcorrieofficalpage/




Harap dengan perkongsian video ini dapat membuka minda dan fikiran orang ramai tentang hal ni.  Islam itu kan mudah.
Quote krustykrab 14-10-2016 01:44 PM
Pakai chopstick tux menahan, awat kalau pakai chpostick tu murtad ke

Skg belambak org melayu gian nk guna chopstick...murtad jgk ke
Quote mokcikKSKB 14-10-2016 02:01 PM
mujer_in_espejo replied at 14-10-2016 01:25 PM
Oh.. nama cina mungkin the first la di malaysia yg kekalkan nama cina.. tp sebelum ni nicholas syvis ...

Ni dekat sabah ni ramai je dh masuk islam tp menten nama lama..nothing new pon.
Quote irlene_hana 14-10-2016 02:06 PM
krustykrab replied at 14-10-2016 01:44 PM
Pakai chopstick tux menahan, awat kalau pakai chpostick tu murtad ke

Skg belambak org melayu ...

Bani melayu gitu lah fikiran, terus kena tinggal budaya mereka la eh kena ikut melayu punya style.. apooo laaa.
Budaya arab di agung-agungkan..
Quote Pak.Maun 14-10-2016 02:16 PM

dekat malaysia terbiasa macam ni. dekat Europe china pun ramai muslim tapi nama kekal je
Quote shark 14-10-2016 02:38 PM

harap2 ridzuan tee tengok video ni.
Quote mujer_in_espejo 14-10-2016 02:58 PM
mokcikKSKB replied at 14-10-2016 02:01 PM
Ni dekat sabah ni ramai je dh masuk islam tp menten nama lama..nothing new pon.

Tu la sis.. menten nama dia.. siap letak title ustaz nicholas sylvester. Nasib stacy la kawin melayu, kena tuka jgk jd ummu shaikah. Klu nk menten nama stacy angie anam pn x salah. Btw, ade ke jpn paksa tuka nama islam? X kot..

Sedangkan sahabat nabi saidina umar, abu bakar, etc... lepas masuk islam tak tukar nama pn.. sebiji tu je la nama dorg.. kat malaysia je trend tuka2 nama jd islam ni.



Quote watie_na 14-10-2016 03:27 PM
kawan aku ckp aku murtad sebab makan pakai chopstick, makan burger, ckp omputeh.

habis tu cina islam kat Negara cina tu murtad la
omputih islam tu pun murtad la
Quote -electrifying- 14-10-2016 03:38 PM
good for typical malay
Quote Artemesiaa 14-10-2016 03:41 PM
Yang bertukar agamanya aja bangsa tetap sama hanya kat Malaysia je ada segolongan mereka ni rasa pelik di tempat lain benda biasa je
Quote zulka 14-10-2016 03:44 PM
mujer_in_espejo replied at 14-10-2016 02:58 PM
Tu la sis.. menten nama dia.. siap letak title ustaz nicholas sylvester. Nasib stacy la kawin mela ...

pengalaman sendiri masa pegi JPN nk tuka nama... akak kt kaunter tu ckp "adik tak payah tukar namapun takpe, nanti susah kena tuka semua ...bank, lesen.."


Quote ikmanurz 14-10-2016 04:07 PM
pakcik aku pun tak tukar nama.. tapi anak2 nama Melayu
Cuma bila dah besar2 ni dah tak fully guna nama Melayu dah
Letak surname ayahnye lagi glamer kot...
Quote zainabon 14-10-2016 04:34 PM
bani melayu dgn adat berpisah tiada... patut refer la hadis/sunnah/quran.. sekian
Quote chacon 14-10-2016 04:51 PM
biar mati anak jangan mati adat.. konsepnya
Quote kornea 14-10-2016 05:38 PM
Bodoh. Guna nama Arab dia kata masuk melayu
Quote AbukRokok 14-10-2016 05:42 PM
hmmmm carol chia
Quote mirandanicky1 14-10-2016 05:42 PM
Sesetgh typical melayu sila hadamkan
Quote krustykrab 14-10-2016 07:11 PM
Tu blum lg kna suruh pakai kain batik segala

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062479 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top