CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

JAKIM Sahkan Auntie Anne's Tidak Halal

17-10-2016 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10435| Komen: 33|Original author: Oleh: Myra Rozi


Sumber Foto: auntieannes.com


Para penggemar Auntie Anne's memang kebanyakannya sanggup beratur panjang untuk membeli pretzel lazat yang mempunyai pelbagai jenis berbeza dalam  menunya.


Biasa dilihat di pusat-pusat membeli belah, Auntie Anne's mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan tidak kira kaum, kecil, besar, tua, dan muda semua menggemarinya namun apa yang hendak difokuskan di sini adalah tentang status halalnya.


Semalam gempar apabila seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik beberapa gambar 'screenshot' tentang pertanyaannya berkenan status halal Auntie Anne's kepada Bahagian Halal JAKIM.



 

  

Sumber Foto: FB Azizah Mohamed


Terkejut dengan jawapan yang diberikan kerana premis Auntie Anne's sebenarnya tidak memegang sebarang sijil halal dari JAKIM kerana permohonannya  ditolak disebabkan beberapa isu.


Menurut Azizah pada mulanya dia berfikir perkara ini tidak perlu dihebahkan dan hanya keluarganya sahaja yang mengelakkan dari membeli, namun dia sedar ia merupakan satu tanggungjawab untuk memberitahu orang lain.


"Melihat saudara seagama saya beratur panjang di hadapan premis ni, rasa bertanggungjawab pula untuk berkongsi. Tak dapat tolong  semua jangan sampai tak tolong sesiapa kan. Moga apabila disoal di akhirat kelak, saya boleh menjawab, ini usaha setakat kemampuan  saya kerana mencari yang halal itu fardu dan meninggalkan yang syubhah itu lebih baik."


Rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi berkenaan isu ini dan masing-masing dilihat meluahkan perasaan terkilan.



Namun, isu ini terus-terusan menjadi hangat apabila perkara ini telah mendapat perhatian oleh seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Farhatul Kamilah, seorang QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia dan seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC).


Berikut adalah status yang dimuat naik olehnya di Facebook:


Sumber Foto: Farhatul Kamilah

Akhir kata darinya, dia menyeru kepada semua terutama orang beragama Islam yang was-was untuk makan produk ini supaya menunggu sehingga pihaknya  mendapat status halal kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya.-CARI 


27

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 17-10-2016 04:12 PM
So what kalo takde sijil halal JAKIM.. dah tau ingredients dia cemane, nak ragu2 ape nye halal ke idok? Kalo pi obersi ke memana nak kena tunggu chop jakim jugak ke baru nak makan?
Quote green~tea 17-10-2016 04:12 PM
Edited by green~tea at 17-10-2016 04:16 PM

Delete double posting...


Just to add : islam tu mudah, dan kdg2 benda mcm ni diniagakan kena bayar fees laa ape laaa just nak dpt chop islam..
Quote EvieWanKenobi 17-10-2016 05:53 PM
noted.. sib baik tak pernah makan..
Quote Kay-hi 17-10-2016 06:57 PM
Owhh.. tak halal.. ok
Quote mbhcsf 17-10-2016 07:04 PM
okay ..thank u for the info.
Quote Abangspek 17-10-2016 07:14 PM
beberapa tahun lepas, masa nak membeli kat Auntie Anne's, ada satu roti tu haku nak beli. Pastu pekerja situ (Indonesia), tanya aku balik betul ke nak beli. Aku tanya kenapa. Dia cakap tak halal. So aku pun beli roti lain

Dan lepas tu aku tak beli dah
Quote mbhcsf 17-10-2016 07:30 PM
Edited by mbhcsf at 17-10-2016 07:32 PM
Akhir kata darinya, dia menyeru kepada semua terutama orang beragama Islam yang was-was untuk makan produk ini supaya menunggu sehingga pihaknya  mendapat status halal kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya.

dia kata lagu tu ke, kat mana ye? sebab yg i baca meninggalkan yg syubhah ( 50 - 50 ) tu lebih baik seperti yg dia tulis dalam part peranggan akhir.
, bukan dia kata HARAM...kan?
ada beza tau in islam kalau tulis  syubhah and haram, takut pulak tulis ikut suka


so please ....be mindful
jadi macam POKEMON  Go - ada reaksi dari pejabat mufti wilayah

Quote gigahertz 17-10-2016 08:49 PM
mbhcsf replied at 17-10-2016 11:30 AM
dia kata lagu tu ke, kat mana ye? sebab yg i baca meninggalkan yg syubhah ( 50 - 50 ) tu lebih bai ...

dia play safe. tapi dia lupa yang kuasa purchase makanan orang melayu + islam mmg champion kat malaysia ni
Quote mbhcsf 17-10-2016 09:25 PM
gigahertz replied at 17-10-2016 08:49 PM
dia play safe. tapi dia lupa yang kuasa purchase makanan orang melayu + islam mmg champion kat mal ...

maksud you macam mana ye?

i tak rasa di aplay safe tapi..betullah syubhah sebab dinaytakan oleh pegawai dari anne's tu - ada benda yg bersifat teknikal dan etc yg depa kena make sure halal...

so pada i apa yg dia tulis tu  yes sesuai dengan konteks....tapi i dok cari kat mana dia tulsi HARAM...sebab konotasi keras tu , kalau syubhah...lain mana dan penekanan....
Quote M5 18-10-2016 12:29 AM
Melayu sibuk tiru pak ereb. Pak ereb tiru yahudi. Halal kehulu halal kehilir. Pi minum air kencing unta la
Quote merrissa 18-10-2016 04:19 AM
green~tea replied at 17-10-2016 04:12 PM
So what kalo takde sijil halal JAKIM.. dah tau ingredients dia cemane, nak ragu2 ape nye halal ke id ...

deme masak kat rumah jer kot...mana hadap makan luar....xpon bawak maggi bertimbun2....wakkakaka
Quote bubblegummy 18-10-2016 05:36 AM
Ish feveret ni
Quote nikola.tesla 18-10-2016 06:31 AM
lepas makan pretzel ni boleh cakap jerman tak?
Quote noraidil_06 18-10-2016 06:36 AM
nikola.tesla replied at 18-10-2016 06:31 AM
lepas makan pretzel ni boleh cakap jerman tak?

X blh.dh sll makan.mmg x blh
Quote yusryimran 18-10-2016 07:13 AM
nasib lah hakak x berapa gemor makanan nih
Quote nikola.tesla 18-10-2016 07:29 AM
noraidil_06 replied at 18-10-2016 06:36 AM
X blh.dh sll makan.mmg x blh

tak sepower budu la pretzel ni.
Quote green~tea 18-10-2016 09:52 AM
merrissa replied at 18-10-2016 04:19 AM
deme masak kat rumah jer kot...mana hadap makan luar....xpon bawak maggi bertimbun2....wakkakaka

rugi nyer travel sana sinun tp masak kat bilik.. bila lagi nak merasa authetic cuisine & learning other cultures...
Quote ally9970 18-10-2016 10:08 AM
HARAM vs belum dpt sijil HALAL dr Jakim adalah 2 benda yang berbeza... nasi lemak anak dara pong takde sijil halal jakim
Quote ira79 18-10-2016 10:49 AM
belum dapat sijil halal bukan bererti tidak halal.

dah mmg byk nau selok belok documentation ngan prosedur ntah pape yg menyusahkan utk dapat sijil halal. beli kuih kat makcik tepi jalan pagi2 tu ader mintak sijil halal tak?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.168064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top