Menurut laporan akhbar Washington Post, Sabtu lalu, satu kejadian maut yang sungguh mencemaskan berlaku di Taman Chicano, San Diego dimana sebuah trak kecil yang digunakan untuk membawa barang terjatuh dari atas yang berketinggian kira-kira 60 kaki. Difahamkan lokasi kejadian ketika itu sedang berlangsung festival motorsikal yang dibanjiri orang ramai, akibatnya 4 orang maut di lokasi kejadian dan 9 lagi cedera parah. Berumur 25 tahun pemandu trak tersebut bernama Richard Anthony Sepolio merupakan seorang tentera laut Amerika Syarikat. Pihak polis mengesyaki Richard Anthony ketika itu memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan trak kecil yang dipandunya tiba-tiba bergerak secara melulu dan jatuh ke bawah dari jambatan San Diego.
4 orang mangsa kematian berumur antara 49 hingga 62 tahun, identiti mereka masih dalam proses pengesahan dan siasatan polis sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kemalangan berlaku. Menurut polis trafik, ketika itu Richard sedang memandu dari arah utara dan menuju ke lebuhraya, tetapi kereta traknya hilang kawalan, dan akhirnya berjaya memecah pagar pelindungan yang jatuh di dalam taman yang sedang melangsungkan pelbagai aktiviti.- CARI |
9
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT