CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunai Umrah Kali Ketiga, Aaron Bawa Anak & Isteri

21-10-2016 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5802| Komen: 20|Original author: Oleh: Maly Rosli

Dua kali merangkul Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Aaron Mustapha Aziz, 40, menyatakan hasrat menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anak pada November depan.



Menurut Aaron, kunjungannya ke Tanah Suci buat kali ketiga ini lebih bermakna dengan kehadiran anak dan isteri, sekali gus memberi peluang kepada mereka membuat persiapan untuk ibadat haji. 

"Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami. 

"Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya kepada BH Online.


Aaron dan pasangan, Diyana Halik, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 11, Dwi Ariana, 9, dan Dahlia Arissa, 5. 


Sumber foto: IG Aaron Aziz

Dalam pada itu, Aaron menjelaskan kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai kariernya bahawa dia sibuk dengan sesi penggambaran.

"Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran. 

"Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya," kata Aaron.

Kepada peminat Aaron, anda boleh saksikan lakonannya menerusi filem aksi komedi Hong Kong, Special Female Force. 

Semoga Aaron terus bahagia di samping keluarga tersayang dan terus sukses dalam bidang lakonan. - CARI

16

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 21-10-2016 05:22 PM
bestnya pergi dgn ank biniii...
Quote cicicumel 21-10-2016 05:36 PM
Suam2 kuku dah heols skrg.
Quote zuri154 21-10-2016 05:40 PM
restauran heols yg kt setia alam tu pasal apa dari ground floor naik level 1? tak laku ka smpi cari lot yg sewa murah sket?
Quote minahsleepy 21-10-2016 05:42 PM
Mcm da lame plk x nmpk pacit aron kt tv
Quote cikgojesss 21-10-2016 05:44 PM
mat harun mustapha bin mat aziz mustapha
Quote sk8er 21-10-2016 06:32 PM
OMG,  ada lg ke yg minat mamat nihhh
Quote pocongkiutss 21-10-2016 06:33 PM
Bestnya..kalau dpt awal nov sure org tk ramai lagi..tp risiko visa x lepas tggi juga
Quote zie_indah 21-10-2016 06:59 PM
Alhmdulillah
Quote RatuDunia94 21-10-2016 08:29 PM
Heols ni dh tua.. Watak2 hero kt msia ni limited utk umur2 baya heols.. Heols dh boleh pertimbangkan terima tawaran jd bapa..
Quote Joannalee 21-10-2016 10:24 PM
Dah sendu dah.. Belakon jd apak2 je la pak aron oi...
Quote sepertiitu 21-10-2016 10:39 PM
Alahaiii comel comelnyaaa anak heols.. especially yang pompuan tuu.. takpelah aaron, uols dah sendu dah sekarang, mungkin dah boleh fikir buat business macam cikta
Quote nuralisa 21-10-2016 10:54 PM
zuri154 replied at 21-10-2016 05:40 PM
restauran heols yg kt setia alam tu pasal apa dari ground floor naik level 1? tak laku ka smpi cari  ...

Kan...masa kat bwh dulu aku selalu gak pergi..
lepas dia nak ke atas x pergi sgt dah..
tp food dia sedap
Quote de_ikea 21-10-2016 10:59 PM
Seronoknya pergi umrah satu family
Quote DeeHanania 21-10-2016 11:27 PM
Alhamdulillah,seronok yer dpt pergi skluarga mnunaikan umrah
Quote Keledek.kepam 22-10-2016 12:03 AM
Alhamdulillah. Rezeki heols. Best nya dpt g satu family. Iols harap dpt tunaikan umrah bersama family nnt
Quote sueburn 22-10-2016 12:16 AM
Kan.. rasanya mcm dah sendu, ada dlm tiada je..
Quote katak hijau 22-10-2016 12:21 AM
Jeles dgr org sampai 2-3 kali g umrah...semoga ada rezeki aku sekeluarga nanti
Quote rosmahisham 22-10-2016 12:46 AM
Dia ni sendu dah.sbb berlakon mcm x de perasaan.main bedal je.ckp sebiji2..kdg2 nk tutup keboyanan nye tu sampai suara kedlm..best lg hisyam hamid berlakon..abam bomba i love u...ha ha.yg pelik tu abang harun ni asyik dpt jd hero adaptasi novel je bosan hokey.tahniah dpt g umrah sekeluarga
Quote sharlenetexas 22-10-2016 01:02 AM
mat haron dh jual perfume belum?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.119524 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top