"Saya kecewa kerana saya di tegur memakai seluar pendek dan di katakan tidak menghormati Islam ketika masuk kerumah orang Islam. Saya rasa sangat terkilan."
Itulah luahan hati Kuan Chee Heng, hanya kerana berseluar pendek ketika membantu mereka yang di dalam kesusahan, dia dituduh tidak menghormati agama Islam oleh individu tidak bertanggungjawab. Kesian 'Uncle' ni, niatnya suci murni membantu orang susah, namun manusia ni susah nak dipuaskan hatinya. Ada sahaja yang salah di mata mereka. Sungguhpun lelaki itu bukan Melayu atau bukan Muslim, tidak perlulah persoalkan kebaikan seseorang itu melalui rupa paras dan imejnya. "Saya munkin kafir tetapi saya rasa saya terpanggil memembantu mereka kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka yang minta bantuan. "Saya rasa orang yang saya bantu lebih arif samada saya hormati mereka atau tidak," luah Kuan Chee Heng di akaun Facebooknya.
Menurutnya, memakai seluar panjang hanya akan membataskan pergerakannya ketika membantu mereka yang memerlukan seperti mengangkat barang-barang berat. Kuan Chee Heng menganggap, semua kutukan dan kritikan diterimanya sebagai pembakar semangat untuk terus membantu orang ramai. Dia berharap mereka dibukakan pintu hati sebagai seorang Muslim untuk memandang lebih mendalam dan memahami Islam yang sebenarnya. Melalui luahan hatinya di Facebook, ramai netizen memahami dan menyokong tindakan Kuan Chee Heng memberi pertolongan walaupun hanya berseluar pendek. "Uncle, orang yang suka berbual pasal agama ni tak kira India, Cina atau Melayu, pasti tak pernah menolong sesama sendiri. Mereka tak layak nak kutuk mahupun caci uncle," kata netizen, Poovanraj Silvarajah. "Seluar pendek atau seluar panjang itu tak penting. Yang penting anda punya hati yang sangat baik abag kentang," sokong Zai Mizan. Mungkin individu tak bertanggungjawab itu mempunyai sebab-sebabnya tersendiri atau dia sememangnya bermasalah dan mempunyai isu perkauman yang kuat. Walau apa pun, kita doakan dia diberi petunjuk untuk segera berubah dan memohon maaf daripada uncle itu. Semoga perkara sebegini tidak mematahkan semangat uncle itu untuk terus membantu mereka yang di dalam kesusahan. - CARI |
27
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 21-10-2016 02:39 PM
sebelum hencap yang menegur, nak tau jugak..
uncle ni pakai short yang cam mana?
paras lutut atau ...
~boolean replied at 21-10-2016 11:57 PM
Susah juga lah macam tu kalau kita judge orang bersasarkan pakaiannya, bukan niatnya... apa lagi u ...
ADVERTISEMENT