Kemaskini 1530pm Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi mangsa dan mendengar penjelasan daripada kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) susulan insiden kebakaran pagi tadi. Baginda juga berkenan membenarkan pihak hospital mengunakan Wad Diraja di bangunan HSA sebelah timur untuk merawat pesakit.
Kemaskini 1400pm Perkembangan terkini, kejadian kebakaran telah mengakibatkan 6 orang pesakit ICU terkorban dan seorang berjaya diselamatkan namun seluruh badannya hampir 80 peratus telah dibakar api. Selain itu, tiga orang termasuk jururawat dan pelatih hospital dikatakan mengalami kesesakan nafas akibat tersedut asap yang berlebihan. Mereka dihantar ke Hospital Sultan ismail untuk rawatan selanjutnya. - CARI Kemaskini 12.10 tengahari Memetik laporan Bernama, jurucakap pihak bomba memaklumkan, kini operasi mencari telah ditamatkan dan mangsa yang terperangkap seramai 7 orang. 6 mangsa yang disahkan maut terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki manakala seorang lagi didapati masih hidup lagi, tambah jurucakap bomba. Pesakit yang terlibat dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sedang dipindahkan dari Hospital Tunku Aminah ke Hospital Sultan Ismail. Kemaskini 11.41pagi Kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA),Ketua Pengarah Bomba dan penyelamat Johor Othman Abudllah mengesahkan 5 mangsa maut. Manakala seorang lagi masih belum ditemukan.- CARI Menurut laporan Bernama, wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dilaporkan terbakar pagi tadi dan kejadian berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU). Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.Anggota Jabatan Bomba Johor Jaya, Johor Bahru dan Tebrau berada di lokasi ketika ini bagi memadam kebakaran. Semua pesakit telah diarahkan mengosongkan bangunan hospital berkenaan. Hingga kini tiada sebarang kes kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Semua pesakit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah diarahkan mengosongkan bangunan hospital berkenaan akibat kebakaran yang berlaku di wad kecemasan. Berita Harian Online melaporkan dua mangsa terperangkap dalam kejadian itu. Pesakit-pesakit kini ditempatkan di khemah sementara di sekitar hospital itu.- CARI |
10
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MamaMima711 replied at 25-10-2016 10:46 AM
Kwn aku post katanya 7 maut trmask staff
teha86 replied at 25-10-2016 10:48 AM
[9:56AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Pesakit icu yang pakai ventilator semua mati.. kesian..
[10:02AM, ...
sheetRock replied at 25-10-2016 10:50 AM
eh... aku pun dapat wasap group nih....
ADVERTISEMENT