CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak OKU Dikurung Dalam Kandang Seperti Haiwan!

25-10-2016 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6439| Komen: 39



Susulan viral bergambar bertajuk ‘Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs’ di Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Perak (RKKC) yang bertempat di Batu Gajah, Perak menyaksikan sekumpulan kanak-kanak diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau kencing dan bahan peluntur.

Pengerusi RKKC R.Sivalingam tampil memberi penjelasan bahawa tindakan meletakkan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar adalah atas tujuan keselamatan penghuni.

“Sekiranya mereka ini dibiarkan tidur bersama penghuni lain, mereka boleh bertindak luar kawalan termasuk memukul atau menggigit penghuni lain."

“Selain itu, mereka tidak dibiarkan begitu sahaja, tetapi tilam serta selimut juga disediakan untuk tidur.” 

Tambahnya, pihaknya hanya menempatkan OKU berkenaan di dalam kompartmen itu pada waktu tidur iaitu dari pukul 9 malam hingga 6 pagi selain untuk mandi.

Tegasnya, tiada seorang pun daripada 10 yang ditempatkan di kompartmen khas berkenaan adalah kanak-kanak, tetapi semuanya orang dewasa berumur antara 20 hingga 40 tahun.- CARI


























34

Bagus
28

Marah
35

Terkejut
27

Sedih
28

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syabaswater 24-10-2016 09:18 PM
Warga cacat dikurung dalam kandang kerana tiada dana
Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah dakwa terpaksa mengurung sesetengaah penghuninya dalam kandang pada waktu malam kerana mereka gigit dan cucuk mata warga lain.


PETALING JAYA: Rumah kebajikan dipaksa mengurung sesetengah penghuni kurang upaya dalam kandang pada waktu malam kerana ketiadaan dana untuk bina bilik untuk semua warganya.
Pengerusi Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah Sivalingam Ramasamy berkata pada waktu malam penghuni kurang upaya terbabit akan mengigit dan mencucuk mata warga lain semasa mereka tidur.
“Kita terpaksa pisahkan untuk keselamatan penghuni lain tetapi oleh kerana peruntukan kami kecil, kami tiada cara lain kecuali masukkan mereka dalam kandang,” katanya.
Kira-kira 10 orang dikurung dalam kandang pada waktu malam.
Rumah kebajikan itu mempunyai 47 penghuni kurang upaya yang berumur antara 15 dan 60, dan hanya 6 pekerja sepenuh masa bersama beberapa sukarelawan kurang upaya untuk memantau mereka.


Sivalingam berkata kekurangan dana menyebabkan mereka hanya membayar pekerja dengan elaun kecil yang tidak mencukupi untuk mengekalkan mereka.
“Tak cukup pekerja untuk pantau semua warga malah ada yang akan berhenti.”
Amalan mengurung warga kurang upaya dalam sangkar bermula sejak 2009 dan menurut pihak pengurusan, Jabatan Kebajikan maklum akan perkara itu.
“Kami sediakan tilam, selimut dan bantal tetapi ada dalam kalangan mereka buang tilam itu.
“Kalau saya ada sumber, pertama saya akan ambil lebih ramai pekerja supaya warga boleh dipantau dengan lebih dekat, dan saya akan bina lebih banyak bilik untuk mereka.
“Pada ketika ini, tak cukup wang untuk bina bilik untuk kesemua 47 warga kami.”
Cerita warga cacat dikurung dalam kandang mula dilaporkan World of Buzz apabila seorang pelawat, yang dikenali sebagai ‘Vivian’ berkunjung untuk melihat ibu saudaranya di rumah itu.




Quote fishcracker 24-10-2016 09:23 PM
JKM tak pantau ke?
Quote NAT_11 24-10-2016 09:40 PM
Kesianyaaaa.
Ini baru perlu diviralkan.
Memang tidak mudah membela orang cacat, apatah lagi
kalau ada 47 orang. Tapi bila dibuat begini, memang nampak
tidak berperikemanusian.
Kalau tak mampu nak bela, toksah buat rumah kebajikan
untuk orang cacat. Orang expect better treatment, bukan
dimasuk dalam kandang macam binatang.
But than aku tak heran.
Bukan je orang cacat dianaya, warga tua di rumah orang -orang
tua pun dianaya. Kanak-kanak yang tidak cacat pun teruk
dianaya. Tak silap baru bulan lepas, ada kes budak lari
dari rumah perlindungan, mencari ibunya.
Dia kata mereka teruk dianaya.
Rumah perlindungan yang suka menganaya ni, biasanya
yang dikendalikan oleh organasasi India.
Mereka buat rumah perlindung semata-mata untuk
dapat derma orang ramai, sedangkan penghuninya tidak
terbela
Quote zie_indah 24-10-2016 09:43 PM
Allah sian nye...
Quote syabaswater 24-10-2016 09:47 PM
Kementerian siasat laporan OKU dikurung dalam kandang
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menunggu laporan pegawainya yang dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Perak yang penghuninya didakwa diletakkan dalam kubikel berpagar seperti kandang.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia susulan laporan mengenainya yang viral di media sosial.
“Saya arahkan pegawai untuk ke tempat itu…saya kini menunggu laporan terperinci daripada mereka,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam satu program terbitan stesen televisyen Bernama News Channel hari ini.
Beliau berkata rumah kebajikan itu merupakan pusat penjagaan yang berdaftar.


Rohani bagaimanapun menegaskan kanak-kanak atau orang kurang upaya yang menjadi penghuni mana-mana pusat kebajikan harus dijaga dengan baik dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya hendak pastikan sama ada pusat kebajikan itu mematuhi SOP berkenaan,” katanya.
Dilaporkan seorang pengunjung ke rumah kebajikan kanak-kanak kurang upaya di Batu Gajah itu mendapati ada penghuninya diletak dalam “sangkar” khas, dan isu itu mendapat pelbagai reaksi netizen.




Quote clarizsa 24-10-2016 09:47 PM
Hmmm.. cantik besi kandang tu.. mesti mahal..
Quote pooh~key 24-10-2016 09:54 PM
NAT_11 replied at 24-10-2016 09:40 PM
Kesianyaaaa.
Ini baru perlu diviralkan.
Memang tidak mudah membela orang cacat, apatah lagi

Walaupun akak tak hingin nak jadi rasis, tapi akak akui there's nothing good with indian people sis.  
Quote aurorayasmeen 24-10-2016 10:06 PM
sedihnye lahai..sampai cmtu skali kurung org..xde akal ke
Quote NAT_11 24-10-2016 10:10 PM
pooh~key replied at 24-10-2016 09:54 PM
Walaupun akak tak hingin nak jadi rasis, tapi akak akui there's nothing good with indian people si ...

Maap.....I am not being racis, just fact.
Bila terdedah cerita-cerita penganayaan macam ni,
tak kiralah OKU, kanak-kanak atau warga emas,
mestilah rumah kebajaikan itu dikendalikan oleh
pertubuhan India.
Sungguh tak berhati perut, buat rumah kebajikan
semata-mata untuk kumpul derma bagi kegunaan
sendiri.
Quote TPPA 24-10-2016 10:17 PM
pooh~key replied at 24-10-2016 09:54 PM
Walaupun akak tak hingin nak jadi rasis, tapi akak akui there's nothing good with indian people si ...

Ayat intro itu ayat klasik racist.
Quote pooh~key 24-10-2016 10:19 PM
TPPA replied at 24-10-2016 10:17 PM
Ayat intro itu ayat klasik racist.

Akak tahu. Memang rasis pun.  
Quote TPPA 24-10-2016 10:23 PM
pooh~key replied at 24-10-2016 10:19 PM
Akak tahu. Memang rasis pun.

Hahahaha. Tapi ada kebenaran di situ.
Quote hanasensei 24-10-2016 10:26 PM
Dah viral bru nk siasat.. dah mati bru nk dakwa org itu ini.. jkm klau xckup kakitgn ..buka lh kt org awam yg nknjd volunteer..
Quote tupaiterbang 24-10-2016 10:38 PM
mana BERSIH 5.0? tolong la
Quote poison_paradise 24-10-2016 10:40 PM
seleweng la tu
Quote sebu 24-10-2016 10:41 PM
NAT_11 replied at 24-10-2016 10:10 PM
Maap.....I am not being racis, just fact.
Bila terdedah cerita-cerita penganayaan macam ni,
tak  ...

Sorry. ..aku pun x racist tapi aku x percaya kata2 pengerusi rumah kebajikan ni...India mmg kuat penipu dan cakap berbelit2 demi nak selamatkan diri. ..pengalaman aku bekerja dengan India juga.
Quote sarahmirza 24-10-2016 11:40 PM
Kesiannya.
Budak tahfiz yg sempurna pun ada yg didera,
Inikan pula yg kelainan upaya.
Quote xAthenax 24-10-2016 11:44 PM
clarizsa replied at 24-10-2016 09:47 PM
Hmmm.. cantik besi kandang tu.. mesti mahal..

stainless steel
harus lah mahal uols
Quote missinpiece 25-10-2016 12:52 AM
Kalau dah nama kaum tu mesti ada sikit belit2 punya. Bukan kt cni je, Tmn Sinar Harapan T****i bwh seliaan gov tu pon hazab layanannya. Dahla budak2 kat sana ada yg ditinggalkan terus oleh parent, staff dlm tu pun ada yg perangai cam ****. Sedih tengok budak Oku ni melambai2 tepi pagar, menunggu org yg tah bila datang.
N siapa yg ajar kelas pendidikan khas taula situasinya, ade 8 org student je, bila sorg mengamuk pn dah cukup havoc. Ngan karenah parents lagi yg kdg2 xbleh nak terima hakikat anak mereka agak istimewa..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.268952 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top