CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangani Monyet Sering Muncul Di Kawasan Taman Perumahan

1-8-2013 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6397| Komen: 21


Monyet sering muncul di kawasan Taman Perumahan Alam Suria sehingga membimbangkan penduduk.

KUALA SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor sentiasa mengambil pendekatan proaktif bagi menangani isu gangguan haiwan perosak di kawasan penempatan penduduk di daerah ini.

Pengarahnya, Rahim Ahmad berkata, pihaknya sedia maklum dengan aduan gangguan seperti monyet yang memasuki kawasan penempatan penduduk terutamanya di kawasan perumahan baru seperti di Puncak Alam dan Saujana Utama.

Menurutnya, pihaknya turut memasang perangkap di lokasi sesuai sejak 2010 dan ia dikawal selia pegawai bertanggungjawab bagi membendung gangguan itu.

“Saya difahamkan, masalah gangguan monyet dikurangkan secara berperingkat sejak tiga tahun perangkap dipasang di kawasan hutan yang menjadi laluan haiwan itu.

“Perhilitan mengambil berat setiap aduan penduduk sama ada melalui panggilan telefon, emel atau aduan langsung ke kaunter pejabat Perhilitan berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Rahim berkata, setiap pegawai mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) tersendiri untuk menyelesaikan masalah penduduk dan seperti isu monyet di Puncak Alam, pegawai terlibat sentiasa memantau perangkap dipasang.

“Boleh dikatakan monyet yang terperangkap agak banyak sejak tiga tahun dipasang di kawasan tumpuan dan saya percaya masalah gangguan ini dapat diselesaikan secara berperingkat,” katanya.

Sebelum ini, penduduk di Taman Perumahan Alam Suria, Puncak Alam di sini terkejut melihat kehadiran monyet liar yang memecah masuk rumah mereka untuk mencari makanan.

Seorang penduduk, Hasnah Zainal Abidin, 60, berkata, sebelum ini pembantu rumah jirannya memberi amaran terdapat monyet berkeliaran di kawasan ini.

Hasnah berkata, haiwan liar terbabit pandai buka tingkap dapur untuk menyelinap masuk ke dalam rumah.

“Saya harap pihak berwajib ambil berat perkara ini kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku jika tiada tindakan susulan,” katanya.

Masalah gangguan monyet bukan sahaja dilaporkan di kawasan Puncak Alam malah kawasan perkampungan di Dun Jeram tidak terkecuali sehingga rata-rata penduduk mengadu hasil sayuran dan buah-buahan musnah dirosakkan haiwan perosak itu.


7

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 1-8-2013 11:27 AM
monyet kata manusia perosak dah ceroboh habitatnya
Quote gaara_X 1-8-2013 11:30 AM
sesetengah perangai orang pun dah jadi cam tue....
Quote PostBanhammer 1-8-2013 11:32 AM
Pestol ni suka buat sex ngan binatang ke?

Hmm, kinky huh?
Quote pestol 1-8-2013 11:39 AM
the_killer posted on 1-8-2013 11:27 AM
monyet kata manusia perosak dah ceroboh habitatnya

betul2 setuju...
Quote pestol 1-8-2013 11:40 AM
PostBanhammer posted on 1-8-2013 11:32 AM
Pestol ni suka buat sex ngan binatang ke?

Hmm, kinky huh?

wow mana ada x tercapak dek akal ku dik oii abg da kwin la.. bini abgbaikk oh
Quote pakwetizzaqyah 1-8-2013 11:45 AM
tak lama lagi monyet nk buat perhimpunan agung...masuk tv3 beb!
Quote akuwell 1-8-2013 02:47 PM
Monyet tak nak duduk kat hutan dah, nak duduk kat rumah taman pulak.

Dulu kt bukit beruang melaka, rumah penah kena masuk ngan monyet. Siap curi-curi makan mayonis lady choice lagik. Cam mana ntah monyet tu bukak  mayonis tuh.
Quote annehuda 1-8-2013 02:59 PM
kt ukm tu ha lg berlambak anjing, monyet, babi hutan pun ade.
Quote dino 1-8-2013 03:02 PM
the_killer posted on 1-8-2013 11:27 AM
monyet kata manusia perosak dah ceroboh habitatnya

btul sgt.... dah habitat depa makin takde.... slalu time duduk batu rakit dulu monyet ni masuk rumah... curi roti la mcm2.... dah la mencuri pastu berlagak plak tuh... dok tayang makanan yg berjaya dicuri...
Quote eLiaD 1-8-2013 03:02 PM
apa lagi yang monyet mahu..
Quote dino 1-8-2013 03:03 PM
akuwell posted on 1-8-2013 02:47 PM
Monyet tak nak duduk kat hutan dah, nak duduk kat rumah taman pulak.

Dulu kt bukit beruang melak ...

monyet ni cerdik okeh...


Quote sitihawa 1-8-2013 03:06 PM
dino posted on 1-8-2013 03:02 PM
btul sgt.... dah habitat depa makin takde.... slalu time duduk batu rakit dulu monyet ni masuk rum ...

dino pernah duduk batu rakit ke? kat ner?
dolu2 pun sama pernah duduk rumah kakak di sana, fofuler kejab kat situ, hahhahaha
pernah g jalan2 pantai bt rakit, tunggu ikan naik, beli fresh2 lagi.
bila hari pasar malam, mesti g
kohkoh...
Quote dino 1-8-2013 03:10 PM
sitihawa posted on 1-8-2013 03:06 PM
dino pernah duduk batu rakit ke? kat ner?
dolu2 pun sama pernah duduk rumah kakak di sana, fofule ...

kg mengabang panjang.... situ byk monyet
Quote prettyuglybabe 1-8-2013 03:16 PM
kesian monyet. manusia yang menceroboh penempatan monyet, alih-alih monyet tu pulak yang dituduh ceroboh penempatan manusia..
Quote perang_candu 1-8-2013 03:17 PM
PostBanhammer posted on 1-8-2013 11:32 AM
Pestol ni suka buat sex ngan binatang ke?

Hmm, kinky huh?

ko ingat pestol ni sekngucing kut ?

Quote TipahTernoda 1-8-2013 03:25 PM
apabila habitatnya dimusnahkan...cenggitulah jadinya
Quote BotakChinPeng 2-8-2013 03:32 AM
Hapuskan semua monyet liar
Quote shernazz 2-8-2013 05:36 AM
apa masalahnya
depa mencari rezeki
Quote pestol 2-8-2013 12:31 PM
BotakChinPeng posted on 2-8-2013 03:32 AM
Hapuskan semua monyet liar

monyet tu baik2... kadang berguna jgk le turun kan buah kelapa.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.147276 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top