CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Datang Dari Utara Ke JB Untuk Bertemu Anaknya, Namun Pakcik Ini Dibiarkan Sahaja?

1-11-2016 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11437| Komen: 48|Original author: Oleh: Adib Za


Sampai hati! Itulah perkataan paling sesuai diberikan kepada situasi yang dialami seorang pakcik ini.

Ceritanya, seorang netizen telah terjumpa seorang pakcik di kaunter tiket keretapi. Siapa sangka seorang lelaki tua sanggup datang dari utara tanah air ini untuk berjumpa anaknya di Johor Bahru, namun hasratnya tidak kesampaian.

"Pakcik bagitau anaknya tak datang ambil dia dah 2 hari dekat JB Sentral. Saya cuba call no anaknya tapi tak berjawab.." terang netizen berkenaan. 


Yang paling menyedihkan keadaan lelaki tua itu dalam keadaan 'terbiar' selama dua hari yang belum tentu terjaga makan minumnya. Datang pula dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan anaknya. 


"Pakcik tu cakap takpe dik, mak ayah boleh jaga anak sepuluh tapi anak nak jaga mak ayah belum tentu boleh..."

"Ini pakcik dapat ihsan dari pekerja KTMB untuk tiket balik..kesian dah 2 hari tak makan, nak minta kat orang segan..orang dah bagi tiket balik pun dah syukur dia cakap.."


Dalam pada itu, seorang netizen lain bernama Shin Yo Mi telah berkongsi semula status berkenaan dan juga gambar pakcik berkenaan menerusi laman Facebook miliknya.

Hanya dalam masa beberapa hari sahaja, ia telah mendapat hampir 14,000 kali perkongsian daripada pengguna lain. Ujarnya dia berasa sedih sehingga menitiskan air mata melihat keadaan pakcik tersebut. 

"Saya ini 21 tahun hidup tanpa seorang ibu. Kalau boleh saya nak korek balik kubur arwah mak saya minta Allah hidupkan dia balik..Tapi awak?"


Semoga pakcik ini dan bertemu dengan anaknya dan dipermudahkan segala urusan. Dan semoga kisah ini segera mengingatkan tentang ibu bapa di kampung, walau sesibuk mana kita jangan sesekali melupakan mereka. - CARI 

9

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cocorex 1-11-2016 04:29 PM
Sadisnyer kisah pakcik nie
Quote zameyla 1-11-2016 04:32 PM
ishhh.....aku heran la, ada jugak manusia macam nie...
tak sampai hati kot tengok orang tua2 macam tu....
Quote zulka 1-11-2016 04:35 PM
lately byk sgt dah cerita2 mcmni....entahla apa nk jadi
kalau betul la..
Quote Themilo 1-11-2016 04:36 PM
Mungkin anak pokcik ni juga hidup susah di JB.. Mungkin kerja persundalan, tu pasal ayah datang nak jenguk, dia abaikan jek...
Quote yeos 1-11-2016 04:40 PM
sedihnya... apa masalah anaknya buat ayah macamni...
Quote ms.mango 1-11-2016 04:43 PM
kesian pakcik ni...

yang ada ibu bapa tolonglah hargai mereka.
Quote nuryakmal 1-11-2016 04:46 PM
semoga masuk neraka anaknya itu kalau benar cerita ini, this is sad. no human being should treat their parent this way
Quote nut.legacy 1-11-2016 04:46 PM
sedihnye.. nasib dpt tiket balik... tak tau la apa masalah anak dia smpi x amik ayah dia
Quote zulka 1-11-2016 04:47 PM
pakcik ni main terjah je kot tak bgtau anak dia dulu, no tu ntah betul ke tidak, ntah2 dah bertukar ke U mobile
Quote gadisfebruary 1-11-2016 04:53 PM
zulka replied at 1-11-2016 04:47 PM
pakcik ni main terjah je kot tak bgtau anak dia dulu, no tu ntah betul ke tidak, ntah2 dah bertukar  ...

Maybe kan..takley sangka buruk sbb side anak tak tahu cite camner lak.. kalau betul anaknya kejam gitu..tggulah balasan dr NYA..satu hari dia pun tua jugak
Quote fishcracker 1-11-2016 04:57 PM
kesian pak cik...nasib kat jb sentral tu berekon,nk tido situ pun takde hal

sampai ati lahaiiii anaknya pun
Quote kuzaime 1-11-2016 05:25 PM
Hargai & berbaktilah masa org tua masih ada. Esok2 bila dah x ada, nak menyesal pun x ada guna dah.
Quote paz 1-11-2016 05:59 PM
Alamak kesian nya... sampai hati kalau dia dah janji.
Quote jazaa100 1-11-2016 06:12 PM
zulka replied at 1-11-2016 04:47 PM
pakcik ni main terjah je kot tak bgtau anak dia dulu, no tu ntah betul ke tidak, ntah2 dah bertukar  ...

Tu lah.....

Aku ingt pun mcm tu....ank dia guna umobile sbb murah sekali dgn wassap kannn......nk guna no yg sama dah kena blacklist, beli je no umobile prepaid baru...


Quote idakamaruddin 1-11-2016 06:46 PM
gadisfebruary replied at 1-11-2016 04:53 PM
Maybe kan..takley sangka buruk sbb side anak tak tahu cite camner lak.. kalau betul anaknya kejam  ...

iolss nk bersangka baik mgkn anak nye accident masuk hosp ke..x sedarkan diri ke apa ke
Quote ronapink 1-11-2016 07:43 PM
agaknya pakcik ni xambik alamat anak dia,
mungkin konfiden sangat anak dia datang ambik..

nak balik ke sik pulak tu
Quote meya 1-11-2016 07:57 PM
Zaman tengah sesak sesesaknya ni terpaksa bersangka baik saja.
Quote naanie 1-11-2016 08:28 PM
Mungkin no anaknya dah ditukar atau mungkin dulu dia jahat dengan anaknya
Quote FARRAZOOL 1-11-2016 10:18 PM
Sedih rasa....

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.052482 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top