Siapa yang tidak terasa dengan kos hidup yang makin meningkat dan semua pun naik harga! Ini termasuklah keperluan asas seperti petrol dan juga minyak masak yang menjadi polemik baru-baru ini.
Seperti biasa rata-rata masyarakat menyalahkan pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa iaitu pihak kerajaan sendiri. Ia dihangatkan pula dengan kenyataan demi kenyataan para menteri yang dilihat semakin 'memarakkan api kemarahan' rakyat. Namun, rasanya sesekali bila kita yang sering merungut ini, apa kata cuba melihat dari sudut lain seperti perspektif mereka yang pernah tinggal di negara lain. Mana tahu, dari situ terbuka sedikit minda dan juga pengetahuan tentang apa yang berlaku di negara sendiri, turut dirasai di lokasi lain dalam dunia ini. Itulah yang dikongsikan oleh seorang netizen ini yang bernama Azrin Dhazzy. Dia yang merupakan seorang pelajar dari negara ini, sedang melanjutkan pengajian di United Kingdon. Dalam perkongsiannya, dia bukan mahu membuktikan apa yang dikatakan adalah paling benar dan tepat, cuma sifatnya yang mahu berkongsi pengalaman tinggal di negara Mat Saleh itu. Anda boleh melihat beberapa perkara yang dikongsikan di bawah, termasuklah yuran tuisyen, yuran parking, harga petrol dan sebagainya yang turut naik di negara itu. Memang agak hangat perkongsian tersebut kerana komen yang diterima daripada netizen dari Malaysia, mereka lebih bersikap negatif dan mahu membuktikan siapa lebih betul. Sedangkan, apa yang mahu disampaikan oleh netizen ini ialah satu perkongsian pengalaman yang mungkin bukan semua orang merasainya di luar negara. Kesimpulannya, memang agak memeritkan bila kos hidup semakin meningkat namun jangan lupa lebih ramai yang susah di luar sana. Dalam pada itu, apa kata kita mencuba untuk memperbaiki diri sendiri agar dapat meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, daripada terus-menerus menyalahkan pihak lain. - CARI |
18
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
22
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepertiitu replied at 3-11-2016 03:51 PM
kat mane mane ade pro and cons. tu pendapat dia yang tinggal dekat uk. ni pulak pendapat kite yang t ...
Mary_jane replied at 3-11-2016 08:56 PM
Ish stop it lah berkongsi pengalaman masing2 kat socmed. Dok compare itu ini macam pak menteri selal ...
Lollipop111 replied at 4-11-2016 07:17 AM
Yelah tuh...perit xper..berforum totap gigih
gigahertz replied at 4-11-2016 01:44 AM
kenapa tak dibandingkan public transport sesebuah negara? aku dok perati sebenarnya yang makan d ...
Mary_jane replied at 4-11-2016 12:40 PM
Berforum sambil meratib. Why not?
Lollipop111 replied at 4-11-2016 01:46 PM
Klu btul perit x sempat meratib sis.... berarti blum level2x perit tuh.. br acah2x je
Mary_jane replied at 4-11-2016 03:09 PM
Ini perit level newbie punya, ala2 tersentak. Tu yang meratib kulu kilir. Take time untuk adapt.
...
sepertiitu replied at 4-11-2016 12:00 AM
As i said before, malaysia ni 3rd world punya country. kalau nak banding, biar banding dengan 3rd ...
faraway1 replied at 4-11-2016 09:46 PM
bandingkan dengan haiti, haiti lagi mahal barang tau...
malaysia lagi murah....
ADVERTISEMENT