Baru-baru ini di laman web Weibo, polis trafik Shenzhen berkongsi foto yang menunjukkan seorang pemandu dikehendaki merenung lampu kereta tinggi selama seminit. Memetik laporan Sina Online, ini merupakan kaedah hukuman yang dilaksanakan bagi polis trafik di wilayah itu ke atas pemandu yang sering menggunakan lampu tinggi semasa memandu khususnya mereka yang berada di bahagian Selatan China. Selain dikenakan hukuman itu, mereka turut didenda 300 Yuan (RM185). Difahamkan, kaedah hukuman itu pernah dijalankan pada 2014 dan mendapat kritikan ramai. Namun ia dilaksanakan semula pada Selasa lalu. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tersebut sebagai pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.
Sementara itu, tahun lepas polis trafik Shenzhen pernah menjalankan hukuman unik kepada pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu membayar denda yang dikenakan.- CARI |
9
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT