CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Trauma Dipukul Bekas Suami, Wanita Kesal Polis Masih Belum Bertindak

7-11-2016 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9127| Komen: 36|Original author: Oleh: Maly Rosli

Seorang wanita, Hannah Azzara, semalam, bertindak memuat naik gambar anaknya cedera dipukul bekas suami di akaun Facebooknya selepas didesak rakan-rakan dan ahli keluarga.



"Sebenarnya saya tak mahu kecohkan perkara ini, tapi terpaksa lakukannya juga kerana didesak rakan dan keluarga. 

"Kawan yang bekerja sebagai polis pun suruh saya viralkan perkara ini, supaya dapat menarik perhatian pihak berkuasa," katanya.

Menurut laporan polis, Ahsan atau nama sebenarnya Qasya Ashaari, 3, berada dalam jagaan bapanya, Ibrahim Bin Agil, pada pertengahan Oktober lalu. 

"Namun, pada 28 Oktober, bekas suami menghantar anak pulang dalam keadaan lebam-lebam di kening dan mata kanan, luka di batang hidung, kesan merah di kepala sebelah kiri dan telinga kiri," katanya.




Apabila ditanya, Ahsan menjawab bapanya sendiri telah memukulnya semasa dalam jagaan.

Berang dengan tindakan bekas suami, Hannah membuat aduan di Balai Polis Johor Bahru Sentral pada 28 Oktober lalu, dengan harapan pihak polis segera mengambil tindakan ke atas bekas suami selain mempertimbangkan untuk merujuk kepada pihak mahkamah.



"Sudah seminggu Ahsan dipukul bapanya dan saya telah membuat laporan polis. Lima hari dia dimasukkan ke hospital kerana ada darah beku dalam telinga kiri," jelas Hannah.



Kecewa dengan pihak polis yang didakwanya masih belum memberi sebarang maklum balas, Hannah memutuskan untuk memuat naik kejadian itu di media sosial. Daripada perkongsian gambar di laman Facebook itu, netizen yang prihatin turut bersimpati atas nasib kejadian menimpa Ahsan itu.


Sumber foto: FB Hannah Azzara

Mohon pihak polis segera mengambil tindakan dan memberi hukuman setimpal ke atas bekas suami Hannah yang bertindak zalim hingga menyebabkan anak kecil itu trauma. - CARI
22

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
22

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 7-11-2016 10:33 AM
aiyooo tajuk..

anak trauma dipukul bekas suami...

wartawan tahap bongok bm fail..tu la dulu2 suruh belajar malas..

patutnya anak hannah tapi ayat yang tepat  anak trauma dipukul bapa,
salsilah keluarga pun xkenal/faham,pelik sangat..

ke wartawan ni orang yang sama yang konon2 berhenti tu..tukar nick je..
Quote ronapink 7-11-2016 10:34 AM
bapak babi, anak 3 tahun pun nak pukul..

rasanya kalau duduk lama lagi mau mati budak ni
Quote manehnya 7-11-2016 10:49 AM
baru 3 tahun kot!!

tu bukan pukul, dh mcm belasah pun ada tuh,

sbb cmni la bekas bini x bg laki bela anak...
Quote paz 7-11-2016 11:13 AM
Bapak ni kalau tak suka napa lah amik.
Quote krustykrab 7-11-2016 11:25 AM
ronapink replied at 7-11-2016 10:33 AM
aiyooo tajuk..

anak trauma dipukul bekas suami...

nak buat cemana sis, kebanyakan wartawan malay news ni bukan betul2 dari jurusan bahasa, ada tu sekadar bekerja je....

kalau yg english tu, betui2 dijaga. silap sikit kena bantai.....
Quote ronapink 7-11-2016 11:33 AM
krustykrab replied at 7-11-2016 11:25 AM
nak buat cemana sis, kebanyakan wartawan malay news ni bukan betul2 dari jurusan bahasa, ada tu se ...

kalau dah nak pilih bidang kerjaya tu..

kena belajar la..kursus dulu..

kalau dah xmampu jangan pilih keje tu..

opppsss, sekarang dah bergelar editor..edit mengedit..
Quote nyanyan 7-11-2016 11:53 AM
patutlah bekas suami kalau anak sendiri yang baru 3 tahun pun sanggup dipukulnya berani pula hantar balik ke maknya dengan lebam lebam cenggitu gila gila

harap pihak berkuasa cepat cepat ambil tindakan
Quote LuLu^Lost 7-11-2016 12:01 PM
20 tahun akan datang, keluar berita.... seorang ayah menunggu si anak yang tidak kunjung tiba selama 2 hari di stesen bas / ayah ditinggalkan anak di tepi jalan / edisi raya plak: pakcik raya dgn kawan2, anak lelaki tinggai pakcik kat rumah orang tua, sampai la tak mai tengok.

nama pakcik tu pakcik ibrahim bin agil.

Quote nononcrux 7-11-2016 12:06 PM
vavinye perangai .. budak pon ko belasah dayus telur kecik ke ape ..
Quote HazeLJoseph 7-11-2016 02:15 PM
Apa  ni...  Aduhhh bhdak baru 3 tahun dah teruk dikerjakan begini. Kalau tak mampu jadi bapa, bagi jelah nafkah bulan2 mak jaga..  Huhh
Quote Artemesiaa 7-11-2016 02:52 PM
Jangan lepas gram ka si kecik yang tak tahu apa2 kalau malas nak jaga biarkan aja maknya jaga sorang
Quote lostfaith 7-11-2016 03:39 PM
Babi sgt bapaknya.....baru seminggu. Kalu sebulan mahu mati budak tu.
Quote mehmet 7-11-2016 04:08 PM
Ibrahim Bin Agil.
Quote mehmet 7-11-2016 04:10 PM
Wei ! Ibrahim Bin Agil. Emak lu Baruah sungguh sampai ini macam Anak Lu sendiri.

Ibrahim Bin Agil. Luaskan Kuasa mu bukan pada Anak, Bahalul.
Quote mehmet 7-11-2016 04:13 PM
Apa cerita Debit Card doctor.  Any news ? Penyamun di siang hari di copek ka ? Kes pun diam diam begini.
Quote jazaa100 7-11-2016 05:53 PM
LuLu^Lost replied at 7-11-2016 12:01 PM
20 tahun akan datang, keluar berita.... seorang ayah menunggu si anak yang tidak kunjung tiba selama ...

Sbb Ibrahim bin agil ada lesen 'ayah' maka anak akn di cerca.....

Sejahat mana pun ayah tu, anak tak patut buat mcm tu...


Mmmm....iya lahhh
Quote jazaa100 7-11-2016 05:56 PM
Comel ank tu.....

Klu aku jd maknya,,aku mintak arahan mahkamah bapak tak blh dekat dah dgn anak....


Quote joyahglam 7-11-2016 07:01 PM
LuLu^Lost replied at 7-11-2016 12:01 PM
20 tahun akan datang, keluar berita.... seorang ayah menunggu si anak yang tidak kunjung tiba selama ...

itu sebab aku pernah dengar, sebelum anak2 derhaka kepada ibu bapa, ibu bapa terlebih dahuku "derhaka"kpd anak2..
Quote munchkin 8-11-2016 12:16 AM
pukul wife buat senyap. viral baru amik tindakan. pukul anak senyap. dah viral. baru amik tindakan bukan?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.225331 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top