Pelakon lelaki yang sedang meningkat naik, Redza Rosli mendedahkan yang dia selalu menerima mesej di Instagram dari ramai peminat wanita. Namun, dia menyatakan tidak pernah membalas mesej yang bersifat peribadi dan hanya menganggapnya sebagai satu usikan nakal sahaja. Dia juga dibanjiri mesej di laman sosial dari ramai peminat yang meluahkan hasrat untuk berkenalan dengannya. "Tetapi jika ada yang bertanya khabar atau ingin mengetahui perkembangan terbaharu seperti drama lakonan dan karier saya akan cuba balas pertanyaan mereka," katanya kepada mStar Online. Pada waktu sekarang, Redza belum bersedia lagi untuk mempunyai teman wanita dan hanya fokus kepada kerjayanya sahaja. Dia juga tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup kerana masih banyak lagi mahu dicapai dalam kariernya. "Saya tiada teman wanita kerana kerja adalah pasangan saya sekarang. Biarlah dahulu kerana fokus saya kini adalah kepada lakonan dan masih banyak benda yang ingin saya capai terlebih dahulu. Insya-Allah jika ada jodoh pasti tidak ke mana," katanya. Jadi, wanita di luar sana jangan kecewa pula dengar Redza cakap begini, ya? -CARI |
virgo19 replied at 7-11-2016 06:38 PM
Biasa la kalau dah jadi retis memanglah ramai peminat mengurat. Itupun nak bagitau. Macam cerita zam ...
ADVERTISEMENT