CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Kena Duduk Atas Tar Sebab Datang Lewat Ke Sekolah Pun Jadi Isu?

8-11-2016 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11946| Komen: 49|Original author: Oleh : Dean BZ



Masihkah anda ingat berapa kali kah anda dirotan, disuruh berdiri di atas kerusi, dipaksa berjalan itik diluar kelas dan macam-macam lagi hukuman kerana melakukan kesalahan di zaman persekolahan dulu. Adakah anda merasa hukuman seperti itu sangat keterlaluan hingga membuatkan anda berdendam dengan guru-guru yang menghukum anda hingga ke hari ini? 

Mungkin ada yang tidak kisah malah pelajar dulu-dulu takut untuk memberitahu kepada ibu bapa bahawa mereka dirotan guru kerana pasti akan kena "hukuman tambahan" dirumah. Tetapi lain pula dengan kebanyakan ibu bapa zaman sekarang.

Semalam, tersebar beberapa gambar menunjukkan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, didenda duduk atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.


Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa hingga ada yang mempersoalkan kewajaran pihak sekolah memberikan hukuman seperti itu kepada pelajar-pelajar.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, tindakan yang dilakukan berkenaan adalah tidak wajar.

"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Harian Metro.




Namun bagi sesetengah netizen yang lain pula, tindakan yang diambil oleh pihak sekolah itu adalah perkara biasa dan mencadangkan agar ia terus dipraktikkan sebagai pengajaran untuk mendisiplinkan para pelajar. 

Mengikut perkongsian pengalaman kebanyakan netizen, dikatakan hukuman yang mereka terima ketika di zaman sekolah dahulu jauh lebih teruk dari sekarang dan kerana "pengajaran" seperti itulah yang menjadikan mereka "manusia" berguna.



Tindakan sesetengah ibu bapa zaman sekarang yang dilihat terlalu memanjakan anak akan membuatkan anak-anak akan lebih bermasalah dimasa hadapan. Adakah anda juga mengganggap hukuman duduk di atas tar kerana datang lewat ke sekolah sangat keterlaluan? Jika ya, cadangkan hukuman yang lebih ringan tetapi mungkin berkesan.   - CARI



18

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
32

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikanggun 8-11-2016 06:12 PM
Yer lahhhh.... nnt anak dh besar serupa shaithoooooon perangai, jgn nk mintak simpati plak... aku sumpit kanggg... bila mak pak yg bodih, terhasilah juga anak2 bodoh...
Quote jiwarasa 8-11-2016 06:20 PM
puii...aku dulu kena rotan bertalu2 kot. cool sudah.. dah tahu buat salah kan
Quote mommymonster82 8-11-2016 06:23 PM
Bagi amaran mende..skrg dah bulan berapa oi..bukan awal tahun
Quote wnwa05 8-11-2016 06:25 PM
cikanggun replied at 8-11-2016 06:12 PM
Yer lahhhh.... nnt anak dh besar serupa shaithoooooon perangai, jgn nk mintak simpati plak... aku su ...


itu la..malam pergi clubbing lepak starbuck.pagi gi sekolah lambat.. budak bandar beb  
Quote cik-jaja 8-11-2016 06:36 PM
biasa dah kena cam ni..rilek je..jadi je 'manusia' skang ni
Quote Knowlee 8-11-2016 06:36 PM
Patut suruh duduk dlm longkang je terus. Buar mak pak diorg meroyan histeria guling2 depab sekolah tu.
Quote Levespa 8-11-2016 06:37 PM
Laaa itupun nak jadi isu? Patut laa budak2 sekarang mostly fizikal/mental manja2 lembik.. dah kalau duduk atas tar pun tak boleh hantar lah anak tu awal
Quote missinpiece 8-11-2016 06:47 PM
Mak pak dah mcm tu, dats y la anak pon asyik dtg lambat je. Stress jd cikgu zmn skarang.
Quote mujer_in_espejo 8-11-2016 06:48 PM
so mana komen yg tak puas hati tu?? takde pon? ke tt saja2 reka?
Quote cikanggun 8-11-2016 06:53 PM
wnwa05 replied at 8-11-2016 06:25 PM
itu la..malam pergi clubbing lepak starbuck.pagi gi sekolah lambat.. budak bandar beb

Tu ahhhh.... geram plak aku dgn thp kobodohan terlampau mak pak zaman skrg  :  :  :
Quote lasagnaklcc 8-11-2016 07:38 PM
Alaaahhhhh duduk atas tar je pon. Takde beza pon dgn duduk atas simen.
Quote imransulaiman 8-11-2016 07:50 PM
Parents yang melenting tu rasanya adalah antara yang hantar anak lambat ke sekolah. Tu lah mereka terasa tempias.

Sendiri yang lambat hantar anak, sendiri yang bising! Dah tau salah, akur je lah!

Lambat bangun, confirm tak solat subuh
Quote Keledek.kepam 8-11-2016 08:08 PM
Duduk atas jln tar sbb lambat pun kena viral. Bongok to the max. Tu pun nasib baik dia bagi duduk. Sila mereput
Quote CardiGans85 8-11-2016 09:43 PM
Klu adik sy kene mcm ni pun,sy ok je..dah knp dtg lmbt kn?manja lgsg x bole di ajar ke..

Dl sy siap kene rotan kt tgn depan phimpunan kot sbb bas sekolah dtg lmbt..bole plak pak cik driver tlajak tdo wlupun sy pgawas sekolah.potong duit bas satu hari..

Ciisss bdk2 skrg ni...x tau la..mak pak pun satu hal..tau la kt TTDI..pyh nk ckp.aptb
Quote Artemesiaa 8-11-2016 09:56 PM
Mak paknya yang sentap lebih ni anak2 mungkin dah faham akan denda sebegitu kalau datang lambat.  
Quote AppropriateNick 8-11-2016 09:58 PM
naik muak dgn mak ayah masa kini yang terlalu manjakan anak anak...bullshit
Quote alesandra 8-11-2016 10:25 PM
choinya brat sekolah ttdi neh.takat duduk mcm tu zaman aku sekolah dulu dtg lewat.. booked nama sampai 3kali ...kena cuci toilet ...mampooo?
Quote WhiskeyScotch 8-11-2016 11:01 PM
Manjanyaaa duduk atas jalan tar pun jadi isu?

Patutlah budak-budak zaman skrg ni banyak rosak dan otak pun dangkal.
Quote RamboMandul 9-11-2016 02:17 AM
Aku dulu lambat cikgu suruh pakai tudung . Kayuh basikal singer keliling sekolah . Rasa macam makhluk sarkas masa tu .

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.231021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top