Ramai di antara kita yang menganggap majlis konvokesyen hanyalah sebuah majlis untuk meraikan mahasiswa yang sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Malah ada yang hanya sambil lewa dan tidak ambil kisah tentang tujuan utama majlis tersebut diadakan. Ada juga yang tidak hadir dengan alasan sibuk dengan urusan masing-masing. Anggapan bahawa acara tersebut tiada keistimewaannya, cuma memakai jubah dan mortar serta mengambil skrol di atas pentas. Namun, tidak semua orang bertuah kerana di sebalik konvokesyen, tersemat cerita di sebaliknya yang boleh dijadikan tauladan serta sangat memberikan inspirasi. Inilah waktunya untuk ibu bapa berbangga menyaksikan anak mereka menerima segulung ijazah, hasil dari usaha bertahun-tahun, diiringi dengan segala penat lelah dan pengorbanan.
Seorang graduan UTP melalui akaun Instagramnya telah menceritakan sebuah kisah yang mampu membuatkan sesiapa pun sebak dengan hanya membacanya. Kisah yang menceritakan tentang ibu dan bapanya yang sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah. Menurutnya, ramai orang berasa hairan bagaimana ayahnya yang hanya bekerja sebagai 'security guard' boleh memberi kebenaran untuk anaknya melanjutkan pengajian di universiti swasta. Bertambah meruntun jiwa apabila tiba hari konvokesyen, ibunya mahu membelikan sejambak bunga tapi tidak mampu. "Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tapi RM100, Mak tak mampu Bang" Menurut Says.com, disebabkan kesempitan wang untuk meneruskan pengajian, Nizam terpaksa meminjam dari salah seorang rakannya sebanyak RM 2500. Walaupun menyedari kos pengajian di unviversiti tersebut adalah agak tinggi, namun si bapa tetap memberi galakan kepada anaknya. Dia juga sanggup berkorban untuk memberikan sejumlah wang pinjaman bank untuk mengubah suai rumah kepada Nizam. Selepas episod perit jerih yang dilalui mereka sekeluarga, Nizam kini bertekad untuk membalas kembali jasa kedua ibu bapanya. Pesanan Nizam: Ramai antara rakan-rakannya yang mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang terkesan dengan pengalaman dan kisah hidupnya. Kisah seumpama ini memberikan sejuta makna dan pengajaran kepada pelajar yang sedang menuntut di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu-bapa masing-masing. Jangan pernah berputus asa dalam menimba ilmu dan ingatlah bahawa setiap kesusahan itu akan membawa kepada kesenangan kelak. Banggakan ibu bapa dengan pencapaian cemerlang anda dalam pelajaran, ya? -CARI |
15
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nadna replied at 15-11-2016 01:28 PM
jangan berjoli ptptn je bila masuk u..belajar rajin-rajin
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...
she replied at 15-11-2016 02:02 PM
Macik igtkan bapak macik sorg je yg majok...5 tahun x bcakap dgn macik
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:04 PM
Tapi kita bapak yang berlainan kan
imransulaiman replied at 15-11-2016 02:04 PM
Sebab apa sampai jadi macam tu? Huhuuuu
Masa saya konvo pun mak dengan ayah tak dapat datang. A ...
she replied at 15-11-2016 02:07 PM
Wakakaka
Ekau jangannnnn
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...
idakamaruddin replied at 15-11-2016 02:27 PM
comel...
goreng pisang fav anak uols ke?
ADVERTISEMENT