Rawatan 'mencuci darah' yang dikenali dengan nama terapi Ozone kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat yang pentingkan kesihatan.
Meskipun perlu mengeluarkan bajet yang agak tinggi, namun atas kesedaran terhadap kesihatan mereka ini dilihat tanpa ragu-ragu membuat rawatan tersebut. Satu perkembangan yang baik, untuk jangka masa panjang kan! Namin, seorang netizen telah mendedahkan penipuan dan juga perkara sebenar yang didapati daripada melakukan rawatan mencuci darah tersebut. "Kita tengok artis buat kita buat. Itu masalah orang kita, ikut tanpa buat research. Percaya bulat-bulat. Pendapat saya banyak buruk dari baik." Anda boleh melihat sendiri penerangan yang diberikan. Katanya, sumber kajian didapati daripada laman Psuedoscience Watch. Buat anda yang tidak pernah mendengarnya, laman tersebut biasanya mendedahkan banyak penipuan yang dilakukan oleh pengusaha tempatan khususnya dalam memasarkan produk mereka dengan terma-terma saintifik.
Bagaimanapun, ada netizen lain yang tidak bersetuju dengan perkongsian tersebut. Sebagai pengguna, seharusnya kita mengkaji terlebih dahulu keberkesanan sesuatu rawatan terutama ia bukan datang daripada pihak pakar di hospital. Tak salah keluarkan duit untuk kesihatan, namun lebih baik memilih jalan yang sewajarnya daripada menjadi sia-sia sahaja. Namun, bagi anda yang masih mahu melakukan terapi 'mencuci darah' ini tiada siapa yang melarang. Mungkin banyak juga testimoni yang berjaya sebelum ini kan. Tepuk dada tanya selera. - CARI |
19
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
exclusive_vvip replied at 16-11-2016 09:29 PM
Kalu bekam,ok kan?
exclusive_vvip replied at 16-11-2016 09:29 PM
Kalu bekam,ok kan?
cknoriz replied at 17-11-2016 12:08 AM
mmg ok tp perit ya ampunnn pernah bekam satu belakang tobat xmo buat dh haha
zizadin replied at 17-11-2016 12:25 AM
Apsal macam tu sakitnya..aku selalu buat bekam..ok je..
Mungkin pembekam tu buat kasar kot
ADVERTISEMENT