Ipoh: “Mungkin malaikat bantu melindungi kami. Saya sendiri tidak percaya masih hidup,” kata Zarina Kamaruddin, 23, yang terselamat selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap kereta dipandunya, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, sebatang pokok sebesar tiga pemeluk dan setinggi 20 meter tumbang sebelum menghempap kereta mangsa yang melalui Jalan Abdul Jalil, di sini. Ketika kejadian mangsa dan tunangnya yang mahu dikenali sebagai Asmawi, 20, dikatakan baru saja berbuka puasa di sebuah restoran berhampiran Stadium Indera Mulia, di sini. Zarina berkata, dia yang memandu kereta pulang ke rumah terkejut melihat pusaran angin berwarna putih melalui kawasan itu bersama hujan lebat. KERETA Persona dipandu Zarina remuk di bahagian depan dan kiri selepas ditimpa pokok tumbang. “Secara tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang sebelum menghempap sisi kiri kereta Proton Persona yang saya pandu. Kesan hentaman kuat itu menyebabkan pintu bahagian kiri kereta tidak boleh dibuka manakala cermin pintu serta hadapan kenderaan pecah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
|
ad_hoc79 posted on 2-8-2013 10:58 AM
mungkin malaikat bantu lindungi kami ------> 1st taim aku dengar org cakap mcm ni
ad_hoc79 posted on 2-8-2013 10:58 AM
mungkin malaikat bantu lindungi kami ------> 1st taim aku dengar org cakap mcm ni
ADVERTISEMENT