CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Malu Ayah Kerja Bawa Teksi, Kalau Hantar Sekolah Suruh Berhenti Jauh-Jauh"

18-11-2016 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11414| Komen: 55|Original author: Oleh: Myra Rozi

Dilahirkan di dalam keluarga yang miskin kadangkala menjadikan seseorang itu berasa malu kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Ada juga yang menyembunyikan identiti diri dan latar belakang keluarga dari pengetahuan umum disebabkan malu diejek dengan rakan-rakan.


Kisah ini memang sebuah realiti apabila ianya terjadi kepada seorang lelaki bernama Muhammad Nasrul. Kini, kehidupannya sudah jauh lebih baik dan bergelar jutawan, Nasrul berkongsi kisah hidupnya yang dulu susah dan bagaimana dia berusaha mengubah nasib keluarganya.

Sumber Foto: FB Muhammad Nasrul
"Dulu saya malu bila Allahyarham ayah bawak teksi, selalu saya suruh berhentikan kereta waktu darjah 4 lagi parking jauh-jauh. Sebab kawan-kawan ibu bapa mereka semua gaji besar-besar. Ada yang RM4000 sebulan, ada yg RM5000 sebulan dan zaman itu sangat besar nilainya. Sehingga saya sekolah menegah saya masih malu dgn pekerjaan ayah sebab ada kawan-kawan yg menghina pekerjaan ayah. Masa tu tengah hangat lagu "Teksi Bombay" Jadi sayalah jadi mangsa. Tidak mengapalah, dah nasib."


Namun, Nasrul bersyukur walaupun keluarganya serba kekurangan, tapi mak dan ayahnya akan memastikan anak-anak cukup makan tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain. Ada waktu duit di dalam dompet ayahnya hanya ada RM1, maknya pula hanya ada RM3.

"Pernah sekali saya lihat wajah ayah yang sedang tertunduk malu bila mana ayah bukak dompet buruk ayah hanya tinggal kertas-kertas lama yg usang tertulis pendapatan tiap-tiap bulan ayah. RM700 sebulan, RM865 sebulan ada sekali tu saya lihat paling tinggi pun RM900 sebulan. Waktu itu saya tengah last exam SPM."

Hidupnya terus dibelenggu duka apabila ayahnya pergi menemui Illahi tanpa sebarang sakit, namun pesan yang ditingglkan kepadanya cukup terkesan di dalam hati.

"Nasrul, kamu kena jaga mak, jaga mak kamu tu. Ayah tak apa, mak kamu yg paling penting. Ayah tak makan pun tak apa, kalau ayah sakit kamu tak datang jenguk ayah pun tak apa. Janji kamu jaga mak kamu".

Kata-kata itu menjadi kalimat yang dipegang Nasrul yang masih tinggal bersama ibunya sehingga hari ini.

"Saya yakin, kerana doa emak lah saya berjaya sehingga hari ini. Saya tahu ramai org pandang rendah dgn kedudukan keluarga kami, tapi mak tak pernah sakitkan hati orang, mak tak pernah ambil hati dgn apa yang org tohmah terhadap keluarga kami."

Nasrul berniaga dan dia sendiri tidak percaya dapat mengumpul sebanyak RM 1.2 juta dalam masa 10 bulan. Modal yang digunakan untuk berniaga dipinjam dari ibunya yang mahu menggunakan duit itu untuk pergi menunaikan haji dan berkat doa serta usaha keras, Nasrul berjaya.

Sumber Foto: FB Muhammad Nasrul
Nasihatnya buat semua, "Niatkan untuk Allah & Rasul, sbb setiap perkara yg kita niatkan kerana Allah & Rasul perkara itu tidak akan tertolak. Walaupun kita tak kaya di dunia, tapi akhirat itu tetap jadi jutawan. Bersangka baik kepada Allah SWT adalah kunci kejayaan. Jangan kita sangka buruk, memang berniaga ni bukan mudah, tapi disebabkan sangka baik kepada Allah SWT menjadi teman dalam perjalanan hidup kita".

Sebak bila baca kisah-kisah begini, namun nilai positifnya ialah ia dapat menjadi inspirasi kepada kita semua.

 
Sumber Foto: FB Muhammad Nasrul
Jangan malu dilahirkan dalam keluarga miskin, tapi malulah sekiranya kamu tidak berusaha mengubah kehidupan keluarga kamu. Jadikan ianya sebuah kata-kata pegangan anda, okay? -CARI
20

Bagus
28

Marah
28

Terkejut
19

Sedih
23

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (142 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 18-11-2016 11:19 AM
bahagia tak jadi jutawan??malu makpak miskin?
Quote antidote 18-11-2016 11:20 AM
bila dah kaya komen kat fesbuk pun panggil cousin .
Quote Gadis_sarawak 18-11-2016 11:24 AM
Ya Allah..Sapa potong bawang ni, pedih mata ni ha.. Ayah aku pun pemandu bas ekspress je..Aku tak pernah malu.Aku bangga sebab tanpa ayah mak aku, aku takkan berjaya macam harini..Terima kasih ayah dan mak
Quote prettyuglybabe 18-11-2016 11:28 AM
bisnes apa dia buat? MLM ke?
Quote myakayina 18-11-2016 11:34 AM
takde hinanya pun keje sebagai pemandu teksi.. asalkan duit yg dapat tu halal dan berkat..
lagi hina klu yg keje bagus tapi dpt duit sumber haram tak betul...
Quote mariam_atikah 18-11-2016 11:37 AM
ada jgk org camni ye.bapakndia xkecik ht ke kalau baca/ tau ank dia malu.
ok jer iols rsa bwk teksi asalkn halal.lain la bapak jual dadah ka.br ptt malu.
Quote krustykrab 18-11-2016 12:10 PM
Ok la tu pak ko htr naik teksi, yg aku ni ms sek rendah jln kaki je, sek men naik bas kot...

#syukurselalu kalau pak aku ada teksi pun
Quote nononcrux 18-11-2016 12:28 PM

aah itu lah nak tahu jugak niaga ape dia ni MLM ke, kalau MLM ni mmg modal ihsan dia bercerita  mmg power. Mcm ade sorang mber (perempuan) ak ni dlu kat kolej kemain lincah family org senang mase study dlu so so je takde la pandai mana tapi sasaran dia org kaya-kaya ank dato', lps 8 tahun abis study ak terbukak dia punya fb mmg berjaya sbg bisnes women tapi laki dia keturunan raja. Dalam coretan usahawan dia tu mulakan bisnes 200% citer tak sama dgn relaiti kehidupan sbnr. Entah modal ehsan sape yang dia pakai utk motivate org lain
Quote mommymonster82 18-11-2016 12:36 PM
Peer pressure...
Mmg jahat mulut sesetengah budak ni...
Keturunan mana xtau...
Quote mommymonster82 18-11-2016 12:40 PM
Budak2 ni biasanya dia xkisah pon bapaknya keje apa..tapi disebabkan budak2mulut hazab keturunan mana ntahla yg suka ejek2 kutuk2 org..even nama bapak org...or mak yg pelik2 skit diejek2...  buatkan budak2 ni ni jadi kompius....harap keturunan gini x terus beranak pinak..supaya manusia jahat mulut gtu x berkembang biak...tapi skrg ni makin ramai pulak budak mulut jahat ni... semua nak ejek..dari rupa..badan..kereta..kerja nama..rumah..semualah...
Quote Cyempaka 18-11-2016 01:18 PM
Aku dulu jeles tgk budak2 anak org teksi sbb ada kete. Masa hujan xbasah. Kita ni kena bungkus dgn bj ujan bonceng motor apak. Yg sedihnya apak xde  bj ujan nak pakai.pakai jaket je.
Hantar sampai depan kelas dan aku turun dgn bangganya  
Quote meklalala 18-11-2016 02:23 PM

mek pun nak tanya bisnes apa dia buat..
Quote tipuware 18-11-2016 02:50 PM
masa sekolah dlu, time amik report kad, aku malu sgt kalau ayah aku datang, pasal ayah aku pakai selekeh2 aje, makayah org lain datang dari pejabat, siap berkemeja kemas. bapak aku technican aje. mak aku, aku tak kasi datang, konon taknak susahkan dia.. tapi sebenarnya aku malu pasal mak aku pun tak pandai berhias tak cam mak2 org lain... lagipun, masa tu aku jual nasik lemak kat sekolah, mak aku bt, so selalu kena ejek nasi lemak.. smp 1 tahap, aku tipu ayah aku, kata takyah amik report kad, cuma bawa balik rumah aje.. pasal taknak ayah aku datang ke sekolah.. kalau tuisyen, siap suruh ayah aku tunggu hujung simpang, pasal taknak ayah aku amik naik motor..

tapi bila dah masuk sekolah menengah, dah faham kehidupan, dan hati lebih cekal. lagipun dah takde ejek mengejek cam zaman sekolah rendah.

cuma baru2 ni aku baru tahu, yg mak aku tahu, aku malu kalau dia datang sekolah pasal dia tak cantik n berhias cam mak2 org lain.. aku rasa bersalah sgt~~  tapi mak aku kata, aku kecil lagi, tak faham kehidupan.

sekarang ni, bila aku tengok anak aku, aku tak tau camne nk didik dia value org beyond daripada rupa paras.. dan nak didik dia jgn mengejek mak ayah org lain dan kekurangan org
Quote -electrifying- 18-11-2016 03:32 PM
Dalam ni semua ade pngalaman yg lebih kurang, malu dgn kekurangan keluarga... tak terkecuali dgn aku...
kdg pkir balik, knpala aku mcm tu dulu, ptot bangga dgn apa yg ade... itu famili kte
Quote taji2906 18-11-2016 03:39 PM
apa nak malu bapak ko buat keje halal.. tak tipu orang.. tak nyusahkan orang.. asalkan duitnya halal..
jangan bapak gaji besar2, projek besar2, segalanya besar tapi menyusahkan rakyat, sakitkan hati orang lain.. curi secara berhemah... puiii
Quote aciik 18-11-2016 04:05 PM
kaya macammana pun ko sekarang....ko tetap anak kurang ajar satu waktu dulu....apa perasaan ayah ko waktu tu bila ko malu dilihat oleh kawan-kawan orang lain....tipu lah kalau kata bapak ko tak rasa apa2 waktu tu....mungkin jugak dia pergi kerana memendam perasaan ...sapa tau...ko mungkin boleh tak rasa apa2 tapi hati orang tua sapa yang tau....mungkin waktu tu akal ko kurang....jaga lah mak ko sebaik mungkin....

aku cukup pantang dengan orang yg kurang ajar dengan mak bapak ni....

Quote aciik 18-11-2016 04:16 PM
nak crita dari pengalaman aku....bapak aku hanya seorang penjual kuih...takde keta...takde moto...mampu naik bas...gi skolah naik beskal sejauh 15 km...pegi balik 30 km...tapi aku bangga...
Quote umbut 18-11-2016 06:53 PM
Arwah bapa aku dulu pun bawa teksi.. masa kecil, aku memang malu bila ayah hantar ke sekolah. Kawan2 selalu ejek teksi pencemar alam, pakai diesel. So aku faham perasaan nasrun ni. Budak2 mana faham kehidupan, lagilah kawan2 semua mak bapa gaji besar, berkereta besar. Aku berazam belajar sampai berjaya..supaya anak2 aku tak rasa apa aku rasa
Quote cik_kitty 18-11-2016 07:30 PM
tipuware replied at 18-11-2016 02:50 PM
masa sekolah dlu, time amik report kad, aku malu sgt kalau ayah aku datang, pasal ayah aku pakai sel ...

Ohhh kisah uols sedih jugak..xleh bayang bla mak tau yang kita malu sbb ada mak xcantik or xbhias..apalaaa perasaan dia kan..tp tula kita budak2 lagi time tu so bwnd2 mcmni is too subjective n hard to predict

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062854 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top