CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fikir Positif, Michael Ang Tak Kisah Rakan Artis Gurau Kasar

18-11-2016 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9972| Komen: 48|Original author: Oleh: Maly Rosli

Baru-baru ini Michael Ang didakwa dibayar untuk mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh di konsert Gegar Vaganza, kali ini dia menerima gurauan kasar daripada rakan artis pula.

Pengarah drama, Michael Ang bagaimanapun menyatakan dia sedikitpun tidak 'makan hati' dengan gurauan membabitkan bangsanya sebagai seorang lelaki Cina yang sering dilihat berada dalam kelompok Melayu.


Sumber foto: IG Michael Ang

Malah, menurut BH Online, dia juga tidak pernah menganggap gurauan seperti itu bersifat perkauman kerana sudah sedia maklum yang rakan artis lain sememangnya suka bergurau kasar di antara satu sama lain.

"Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati apabila orang bercakap seperti 'Oi, kau buat apa di majlis orang Melayu, kau seorang saja Cina?' 


"Mungkin ada yang ambil perkara ini secara negatif, tetapi dalam industri ini, kita saling bergurau kasar. Saya sendiri bergurau kasar dengan orang, takkan saya tidak boleh terima apabila orang bergurau dengan saya," katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Michael mengharapkan kehadiran pelbagai bangsa dalam industri hiburan tanah air yang didominasi karyawan Melayu. 

Pembabitan artis bukan Melayu dalam drama arahannya membuktikan kesungguhan Michael untuk mencapai impiannya mahu mengubah industri seni tanah air sedikit demi sedikit.


Sumber foto: IG Alvin Chong

"Kalau ada yang perasan, dalam cerita Suri Hati Mr Pilot, watak teman baik Ejaz, iaitu seorang mualaf bernama Johan dilakonkan oleh pelakon Cina, Alvin Chong. 

"Akan datang, menerusi beberapa drama yang lain, saya akan terus menyelitkan watak bukan Melayu, barulah namanya 'Satu Malaysia'," jelasnya.

Ya, itulah namanya 'Satu Malaysia'! Jangan dalam drama je bersatu padu, harap kehidupan di luar drama juga sama lah ya. - CARI
6

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 18-11-2016 07:12 PM
bagus cina niii..i.loikee
Quote aleesyasofia 18-11-2016 07:13 PM
bagus la kalo gitu..
Quote sepitsiput 18-11-2016 07:14 PM
kelass...meols suka involvement ramai non malay dlm industri...barulah mcm era 80an dulu....color blind industry..

Quote putehkundor 18-11-2016 07:29 PM
sepitsiput replied at 18-11-2016 07:14 PM
kelass...meols suka involvement ramai non malay dlm industri...barulah mcm era 80an dulu....color bl ...

Nancie foo, elaine kang, wendy wong, jacinta lee, sara loo....
Quote cha-cha 18-11-2016 07:37 PM
Dia tau dalam industri melayu ni lah dia nak carik makan. Hadap je lah sis, yang penting masyukkk.
Quote robinmosby 18-11-2016 07:59 PM
Melayu je yang cepat sentap
Quote FARRAZOOL 18-11-2016 08:04 PM
Fasih Bahasa Melayu dia
Quote FARRAZOOL 18-11-2016 08:04 PM
Diva AA gelar mamat ni nyonya ting tong
Quote Nham22 18-11-2016 08:16 PM
Die nak mulakan shooting baca doa tau...warak MA ni
Quote HannahMontana 18-11-2016 08:17 PM
mrk dengki tu
Quote kelibat 18-11-2016 08:21 PM
bagus micheal..baru la satu malaysia
Quote Nenasketum 18-11-2016 08:52 PM
FARRAZOOL replied at 18-11-2016 08:04 PM
Diva AA gelar mamat ni nyonya ting tong

Hahahahaha..... yang ni klaka. Nyonya tu bukan ah so.  
Quote holothurian 18-11-2016 08:59 PM
comel michael ang ang ang doraemon nie..
Quote zie_indah 18-11-2016 09:12 PM
...ok.mike
Quote mesmerize 18-11-2016 09:16 PM
hahahah baca artikel ni takleh lupa dato seri vida cakap kuat2 dalam GV3 konsert minggu lepas.. "maikel ang mu cino bakpo ada kat sini? "
Quote katibism 18-11-2016 10:18 PM
Nyonya ni juga byk memperkrnalkan anak2 hekan..seperti Hafeez Mikael..Hefny..Kimi Dia semanis honey dll.
Quote sepitsiput 18-11-2016 10:27 PM
putehkundor replied at 18-11-2016 07:29 PM
Nancie foo, elaine kang, wendy wong, jacinta lee, sara loo....

jgn dilupa ben nathan, freedie fernandes, fran, param, ayappan, acappan, alleycats, kenny remy martin, roystan sta maria, bibiana layola etc yach!
Quote cik_kitty 18-11-2016 10:39 PM
Bagus laa gitu...sdri mylut laser sdri xmkn saman bila dlaser..ini sikit2 sentap tp bla ngata org lain kemaaaainn ayat bagi..
Quote caramel_cloud9 18-11-2016 10:39 PM
Walaupun mulut dia kdg2 boleh tahan..tp still boleh diterima lg...suka jugak tgk ig dia kenkadang

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074379 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top