Netizen kecoh lagi apabila peserta Gegar Vaganza 3 (GV 3), Nora telah diberikan lagu Sandiwara iaitu lagunya sendiri untuk didendangkan melalui segmen lagu pilihan media di pentas separuh akhir ahad ini. Ramai yang mempertikaikan mengapa lagu tersebut menjadi pilihan media sedangkan terdapat banyak lagi lagu lain yang boleh disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu. Kumpulan media sendiri terkejut dengan pengumuman yang dibuat penganjur GV itu dan mengulas tentang kontroversi ini adalah Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan wujud pertukaran lagu dalam kalangan peserta GV atas pelbagai alasan. "Kami sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak sesuai dengan julat vokal mereka," katanya kepada Berita Harian. Isu menyanyikan lagu sendiri sebenarnya bukanlah perkara baru dalam GV kerana peserta musim lalu juga pernah melakukannya. "Kalau tak silap saya, Rahmad pernah menyanyikan lagu sendiri dalam pertandingan GV. Mereka penyanyi profesional. Dalam hal ini, kita sudah memberi penjelasan kepada mereka. Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit," tambahnya lagi. Alahai, untunglah badan Nora dilayan macam anak emas pula, tak begitu? -CARI |
13
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
22
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Miming2 replied at 21-11-2016 06:03 PM
over makcik nie....
dungot_ijau replied at 21-11-2016 08:11 PM
Badak sunggoh
ADVERTISEMENT