CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tolong, Aku Kena Patuk Cobra" Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Dipatuk Ular

23-11-2016 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11130| Komen: 22|Original author: Oleh: Myra Rozi

Keadaan cuaca yang panas dan tidak menentu membuatkan persekitaran yang sejuk seperti rumah, longkang atau kereta menjadi sasaran untuk haiwan berbisa ini mencari perlindungan.


Ngeri bila seorang wanita yang dikenali sebagai Bairah Bahrim menanggung derita lebih seminggu selepas kaki kirinya dipatuk ular di rumah sewanya.

Sumber Foto: Twitter Bairah Bahrim
Menceritakan tentang kejadian cemas tersebut, dia langsung tidak menyedari ular itu kerana sedang leka mencuci baju. Tiba-tiba kakinya berasa sakit dan bila pandang ke bawah, terkejut besar sebab seekor ular sudah mematuk kaki kirinya.

Apa lagi, dia terus berlari mendapatkan kawannya dengan menjerit, "Koranggg, kena patuk ularrrr!!"

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Zainab untuk mendapatkan rawatan dan ubat anti venom.

Sumber Foto: Twitter Bairah Bahrim
Difahamkan, mangsa ditempatkan dalam wad kritikal dan dipindahkan ke wad ortho sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.

Selepas lebih kurang seminggu, mangsa patukan ular Cobra ini dibenarkan pulang dan mula menjalani rutih hariannya seperti biasa.

Netizen yang membaca pengalaman mengerikan ini turut meluahkan rasa bimbang masing-masing:


Wanita ini juga turut berkongsi tips dengan netizen:
"Tips kena patuk ular, jangan ikat pada tempat yang dipatuk dan duduk diam-diam. Kenal pasti ular yang patuk seperti warna, bentuk dan ambil gambar jika mampu atau minta pertolongan saksi kejadian. 

"Ubat anti venom pula bergantung kepada jenis ular yang mematuk. Bukan semudah itu diberikan pada pesakit."

Malang tidak berbau, ngeri betul bila tengok gambar-gambar kesan patukan tu kan, kalau jadi pada kita macam manalah agaknya? Takut! -CARI
28

Bagus
31

Marah
23

Terkejut
60

Sedih
31

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (197 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote olafhul 23-11-2016 11:18 AM
hoiii... ini menakutkan. kena tampal kulit lain ke macam mana.
Quote gerbera.memopad 23-11-2016 11:19 AM
Ya Allah, aku pulak meremang mcm nak trauma tgk kaki dia

Mintak dijauhkan la binatang ni dr aku sefamili

Quote mieymiey 23-11-2016 11:48 AM
Meremang tengok kaki dia
Quote mommymonster82 23-11-2016 11:56 AM
Allahhhhurabbi....sampai ke tulang tu...

Alhamdulillah selamat...

Quote FARRAZOOL 23-11-2016 12:01 PM
Teruknya bekas patukan ulau
Quote WajibulGhunah 23-11-2016 12:21 PM
Bersisik mcm ular pulok kaki dia

Geli makkkkk!!!
Quote DeeHanania 23-11-2016 12:25 PM
Ngeri yer smpai berlubang kat tempat gigitan ulau tu
Quote nut.legacy 23-11-2016 12:49 PM
aiyoo..meremang bulu roma tgk pic tu walaupun sekali pintas!!!!!
Quote -electrifying- 23-11-2016 12:53 PM
nsb baik la mkin pulih
Quote meklalala 23-11-2016 01:10 PM
teruknya kesan dia...semoga kita semua dilindungi daripada benda benda tak diingini berlaku..mesti ular tu rasa terancam sbb tu dia patuk padahl kita tak kacau tempat dia pun..ish
Quote dubuk 23-11-2016 01:16 PM
wooooooo luka jadi macam sisik

Quote AbukRokok 23-11-2016 01:21 PM
org tua tua kata
jumpa keling dengan ular katok keling/mamak dulu





tolaakla kredit aku 1000+
Quote tipuware 23-11-2016 02:03 PM
mesin basuh aku letak kat luar rumah, masih dalam grill. belakang rumah takde rumah, cuma ada tanah kosong.. risaunya kalau ada ular tumpang tidur bawah mesin basuh
Quote zoe1511 23-11-2016 02:50 PM
olafhul replied at 23-11-2016 11:18 AM
hoiii... ini menakutkan. kena tampal kulit lain ke macam mana.

iya, mangsa bagitau kat twitter, amik kulit kat peha tampal kat kaki
Quote intan_smsb 23-11-2016 03:52 PM
seyes ke kesan patukan macam tu
Quote jejaka00 23-11-2016 03:59 PM
dahysat ...kesan racun ular nampak sama macam kesan menghakis dah ... abis mereput daging
Quote ad_hoc79 23-11-2016 04:03 PM
adoiiiii ngerinye.
aku pulak terasa2 kesakitan org ni
Quote nononcrux 23-11-2016 05:01 PM
teruknye kesan dia
Quote paz 23-11-2016 05:18 PM
Adoi ngerinya...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.099751 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top