Kecoh sekecohnya di laman sosial apabila dua individu lelaki dan perempuan dirakam mengganggu dan tak keterlaluan dikatakan membuli penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ketika melakukan tugasan.
Tindakan pasangan berbangsa Cina itu dilihat sebagai biadap dan juga melampaui batas selepas cuba menghalang pegawai tersebut melakukan tugas, selain 'sibuk' untuk merakam gambar pegawai wanita tersebut. "Satu gambar sahaja," itulah ayat yang diulang-ulang oleh lelaki yang membuli pegawai tersebut dan cuba merakam gambar pegawai tersebut. Loading FB Post...
Rakaman berdurasi 2 minit itu sekaligus menjadi viral dan merebak begitu pantas di dinding-dinding Facebook netizen. Rata-rata mereka menunjukkan rasa marah kerana sikap kurang ajar yang dipamerkan oleh kedua pasangan tersebut. Malah, ada yang mendakwa pegawai tersebut turut dicabul oleh individu terbabit. Berikut merupakan komen yang memaparkan ketidakpuasan hati di kalangan netizen. Dalam masa yang sama, diingatkan isu ini adalah berpunca dari sikap pasangan terbabit sendiri tanpa perlu mengaitkannya dengan perkauman. Meskipun ramai yang menyerang pasangan tersebut dan menyentuh isu rasis, namun terdapat sebilangan netizen yang tak mahu ia dikaitkan dengan kaum tertentu. "Tak perlu lihat dari aspek perkauman, tetapi orang jahat dan patut diambil tindakan keras." "Tak kiralah bangsa apa pun, kalau perangai macam ini wajib diambil tindakan." Terkini, akhbar tempatan melaporkan pasangan tersebut telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Shah Alam hari ini. Keduanya dituduh menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalan kewajipannya. - CARI |
23
Bagus |
29
Marah |
31
Terkejut |
14
Sedih |
33
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT