Berdasarkan laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia setakat 11.30 pagi tadi, kadar pertukaran nilai Ringgit dengan Dollar Amerika pada satu ketika telah jatuh sehingga ke tahap 4.4880 yang merupakan catatan pada tahap yang paling rendah dalam tempoh 19 tahun ini.
Keadaan dilihat kembali meningkat semula pada 12 tengahari di mana kadar pertukaran menjadi meningkat menjadi 4.4700, namun ianya masih dianggap agak menghampiri tahap 4.50. Memetik laporan Bernama, nilai ringgit dan turun naiknya menerima kesan daripada aktiviti dan harga dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) luar pesisir yang tidak semestinya mencerminkan asas-asas ekonomi dan aktiviti yang menyokong perdagangan dan pelaburan. Menurut FMC dalam kenyataan yang dikeluarkan siang tadi, Bank Negara Malaysia (BNM) mengehendaki bank-bank tempatan mematuhi peraturan sedia ada bagi menghalang pemudahan pasaran NDF ringgit luar pesisir selaras dengan dasar ringgit yang mantap.
"Langkah ini adalah untuk melindungi kepentingan sektor ekonomi benar dan pelabur yang benar-benar ingin melabur dalam pasaran kewangan Malaysia daripada sebarang turun naik ringgit yang tidak diingini."- CARI |
23
Bagus |
24
Marah |
24
Terkejut |
20
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT