CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mulut Tak Lekang Sebut Alhamdulillah, Penjual Burger Ini Cairkan Hati Netizen

28-11-2016 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5135| Komen: 6|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim
Pelbagai cara digunakan orang sekarang untuk mencari rezeki dan sesuap nasi, tidak kira menjadi 'runner' atau menjual burger di tepi jalan.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk menambah wang pendapatan dan memperbaiki taraf hidup masing-masing.

Ini pula kisah seorang penjual burger di tepi jalan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Rasidi Rahim.

Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim

Menurutnya, lelaki penjual burger yang ditemuinya itu sangat bersopan dan tidak pernah lekang dari mulutnya dengan ucapan yang baik-baik.

Setiap kali ada orang yang membeli burger di gerainya, pasti dia akan meletakkan tangan ke dada dan mengucapkan 'Alhamdullillah'.

Tulis Rasidi, "Secara tak langsung menunjukkan sikap dia amat menghargai setiap rezeki yang diperolehi. Mulai saat itulah aku nk cuba support dia, burger dia sedap lain macam, mungkin dia buat dengan hati."

Rupa-rupanya, lelaki penjual burger itu mempunyai ijazah dalam kejuruteraan dari Malaysian France Institute (MFI).

Dia sanggup berhenti kerja di Puchong dan menolak tawaran kerja hebat semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit kanser.

"Anak yang soleh, jangan takut aim, niat kau demi mak, ALLAH akan bukakan laluan yg luas untuk kau nanti..."

Ramai netizen yang pernah bertemu dengan pemuda penjual burger ini memberikan kata-kata pujian terhadapnya. Tak kurang juga yang turut mendoakan supaya segala urusan menjaga bonda tercinta dipermudahkan.

Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim
Buat pengetahuan, gerainya terletak di depan Pasar Borong Peserai, Batu Pahat Johor dan dibuka setiap hari kecuali Khamis dari pukul 6 petang sehingga lewat malam.

Bagus akhlak pemuda ini yang sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki pemberian Tuhan. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan contoh orang di luar sana, ya? -CARI

22

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 28-11-2016 06:17 PM
lamanya xmakan beger..kalau dekat, dah pegi dh
Quote siskepoh 28-11-2016 06:25 PM
susah nak dapat anak muda cam gini lagi
Quote dubuk 28-11-2016 06:50 PM
الحَمْد لله
Quote FARRAZOOL 28-11-2016 11:00 PM
ijazah dalam kejuruteraan ...salute
Quote labubabi 29-11-2016 01:07 AM
Quote deabella_ 29-11-2016 12:10 PM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.148935 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top