|
Lokasi lubang benam yang dibaiki dalam tempoh seminggu di Jepun baru-baru ini terpaksa ditutup semula apabila tanah di kawasan itu mendap semula.
Memetik kenyataan Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima di Facebooknya, rangkaian televisyen CCN melaporkan Takashima terpaksa meminta maaf apabila jalan tersebut ditutup semula selepas permukaan tanah mula tenggelam kira-kira 6.8 sentimeter. Masalah tersebut timbul pada Ahad lalu sehingga menyebabkan berlaku kesesakan teruk kerana lubang benam itu terletak di kawasan persimpangan yang sibuk. Selain itu, Datuk Bandar Fukuoka itu turut minta maaf kerana tidak mengeluarkan amaran kepada penduduk tentang kejadian terbaharu itu. Menurut laporan CNN lagi, pakar telah menjangkakan berlaku pergerakan memandangkan simen dan tanah digunakan dalam kerja-kerja pemulihan tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh yang diperlukan pihak berkuasa Fukuoka untuk membaiki semula jalan itu.
Terdahulu, rata-rata media tempatan dan luar negara memuji kepakaran Jepun untuk membaiki lubang benam seluas 30 meter lebar dan 15 meter dalam di Fukuoka, barat daya negara itu dengan hanya menggunakan tempoh masa 14 hari sahaja.- CARI |
|
19
![]() Bagus |
19
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
28
![]() Sedih |
24
![]() Lawak |
19
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
CARI-LTS replied at 29-11-2016 12:27 PM
Lokasi lubang benam yang dibaiki dalam tempoh seminggu di Jepun baru-baru ini terpaksa ditutup semul ...

ko ingat boleh kambus begitu sahaja, elok la tu, kambus lagi, esok lusa mendap lagi, kambus lagi, mendap lagi 
chinta89 replied at 29-11-2016 01:04 PM
kalau kat mesia, ade ke yg nk mtx maaf bagai???

damian_lee replied at 29-11-2016 01:22 PM
mana group ... "Kalau kat Malaysia ......... " ... ????


FARRAZOOL replied at 29-11-2016 01:07 PM
Memang idokkk lerr jawapannya


ADVERTISEMENT