CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Jual Semua Kereta, Yang Tinggal Hanya Myvi Tapi Bukan Kerana Jatuh Miskin

29-11-2016 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8189| Komen: 19|Original author: Oleh: Adib Za


Waktu ini mungkin ada antara kita yang merungut dengan keadaan kereta yang sudah lama, lusuh dan juga pelbagai 'kerenah' lain. 

Seterusnya membuatkan perasaan untuk memiliki kereta yang baharu dan lebih besar bukan satu yang baru. Melonjak-lonjak dengan keinginan yang belum tentu menjadi keperluan yang sebenar.


Begitulah yang dilalui ramai orang, kehendak melebihi keperluan dan nafsu melebihi segala-galanya. Bagaimana untuk menahannya, hanya dengan bersikap syukur. 

Itu yang dikongsikan oleh seorang netizen ini yang dikenali dengan nama Muhammad Ahmad. Katanya memiliki keinginan yang besar untuk berkereta dan motorsikal berkuasa tinggi memang sinonim dengan dirinya. 


Malah, sering sahaja merungut kerana kenderaan yang digunakan sekarang tidak begitu selesa. 


"Kadang-kadang saya pernah merungut sebab kereta myvi tidak selesa sangat. Lepas tu beli kereta lebih besar 2.5cc, tak selesa lagi sebab tidak laju pula.

"Akhirnya macam-macam Allah swt tunjukkan depan mata betapa perlunya saya bersyukur. Jangan ikut selera hati, saya buat keputusan jual semua kecuali myvi."

"Alhamdulillah sekarang saya rasa puas hati walaupun berkereta 1.3 cc."

Netizen ini menceritakan bagaimana perasaan dan keinginan yang tidak mencukupi untuk ibarat tiada penghujung. 

Selepas satu dan satu kereta baharu yang dibeli, masih rasa tak cukup dan mahukan sesuatu yang lain pula. Namun, dia cuba untuk tidak menurut kata hati dan akhirnya kini cukup dengan hanya satu kereta sahaja. 

"Hari ini memandu bawa anak dan isteri jalan-jalan. Saya cakap dengan isteri betapa kita wajib bersyukur. Di hadapan kita satu famili membonceng motorsikal, seorang anak ditengah seorang lagi depan bapa.

"Kita nampak ini tindakan bahaya. Hakikatnya keluarga betapa bersyukurnya mereka kerana memiliki motor untuk ke mana-mana."

Berikut merupakan antara komen yang diberikan di kalangan netizen lain. 



Ternyata perkongsian ini memberi kesan yang tersendiri kepada mereka yang membacanya. Memang tiada yang tidak benar apa yang diperkatakan, kesederhanaan dan bersyukur itu adalah segalanya. - CARI 
13

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
25

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 29-11-2016 06:25 PM
Ngada2 nya mamat nih
X reti bersyukur...skang dh reti bersyukur baru ada akai
Quote whadda 29-11-2016 10:28 PM
Ni pon boleh jadi bahan cerita
Quote pocongkiutss 30-11-2016 12:50 AM
Banyak je meleis spesis macam mamat ni (versi sebelum insof)

Biar papa asal bergaya

Bagi iols kalau betul2 kaya tu takpe juga..ni nan hado tapi nak menunjuk eksyen bila balik kampung..yela kete kan boleh angkut sana sini
Quote myoujin 30-11-2016 02:15 AM
Lahai kereta 2.5cc camne nak laju woi... Basikal lagi laju lah... Sekarang 1.3cc bole menang ngan kura2 tak??
Quote rosmahisham 30-11-2016 07:43 AM
Ok laa tu dh insof.tp jgn hrp org blh ikut cara  ko dek.klu mmg mampu n duit berkepok x kan nk bermyvi berviva berkancil jgk.Mmg ari2 kena bersyukur nikmat yg allah bg.org berbusiness perlukn keta mewah utk bid tender katanyer.nnti org x caya ko ade duit berkepok dlm bn.tskot ko x de modal.
Quote chinta89 30-11-2016 09:07 AM
asal bersyukur je, asal insaf je, post di public.

kejap lg ade yg lahar "perkara baik ape salahnya"

dah kenapa, pkra baik xreti pk sendiri kah???
Quote monkeydonkey 30-11-2016 09:33 AM
cmf_premierleag replied at 29-11-2016 06:25 PM
Ngada2 nya mamat nih
X reti bersyukur...skang dh reti bersyukur baru ada akai

Hik hik hik
Quote saladin780 30-11-2016 11:18 AM
zohor di kl..asar kat teganu..ko gila ke apa dek..patutnya selain bersyukur..ko kena belajar untuk tidak menjadi pengguna jalanraya yg memandu melulu membabi buta persis babi guling..kalu mampus sorg2 x pe gak x libatkan orang lain

btw,..betul ke ko ni dah insap or stakat up status sebab sangap like and viral..okeh sekian sangkaan jahat
Quote nononcrux 30-11-2016 11:49 AM
whadda replied at 29-11-2016 10:28 PM
Ni pon boleh jadi bahan cerita

saje nak berkongsi la tu
Quote nh83 30-11-2016 03:59 PM
yg baik jadikan pengajaran,yg buruk jdkan sempadan..saling mengingat2xkan sesama insan..
Quote Nt-ViruS 30-11-2016 09:19 PM
menyampah tul clickbait title ni.
Quote cknoriz 30-11-2016 11:54 PM
nyesal aku click
Quote Star_el 1-12-2016 09:00 AM
so motor segala dia tu loanla bukan dh abes bayar kan? Sbb ada word Riba tu
Quote -electrifying- 1-12-2016 03:03 PM
ini pon viral?
Quote zztop63 2-12-2016 02:41 PM
apa barang pakai myvi..pakai la honda......................honda wave..
Quote applemy 5-12-2016 03:06 PM
rosmahisham replied at 30-11-2016 07:43 AM
Ok laa tu dh insof.tp jgn hrp org blh ikut cara  ko dek.klu mmg mampu n duit berkepok x kan nk bermy ...

Camtu la bos ai punya alasan: nak dapat tender.

Berapa kali dah dia upgrade beemer 7 series dia tu.. huhu. Tapi dok rumah teres biasa jer
Quote Super-M 6-12-2016 10:15 AM
chinta89 replied at 30-11-2016 09:07 AM
asal bersyukur je, asal insaf je, post di public.

kejap lg ade yg lahar "perkara baik ape salahny ...

kau ni macam tak biasa pulak.
org sekarang ni bersyukur,berdoa,sedekah pun semua nak beritahu kat fb..
even nak wish birthday pasangan  nak tanya suami pun kat wall FB dah mcm orang terencat.
tak ada hp gamaknya. belum lagi perah susu pun cerita siap gambar.huhu..
Quote crossfire 7-12-2016 09:07 AM
zztop63 replied at 2-12-2016 02:41 PM
apa barang pakai myvi..pakai la honda......................honda wave..

myvilah power, atas jalanraya sebiji ferari.. lagi power lagi best.

majoriti driver myvi bila di jalanraya seakan memandu ferari...
Quote chinta89 7-12-2016 01:40 PM
Super-M replied at 6-12-2016 10:15 AM
kau ni macam tak biasa pulak.
org sekarang ni bersyukur,berdoa,sedekah pun semua nak beritahu kat ...

yg sibuk nk berbalas komen di FB tu sbnrnya kebanyakan yg aku tahu, bukan ok sgt pun. blkg2 ummah duk bercakaran tp gigih nak tayang kat socmed de all pasangan bahagia...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045562 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top