CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KL PWTC, Mercu Tanda Baharu Kuala Lumpur Bakal Dibina

30-11-2016 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7562| Komen: 117



KUALA LUMPUR - Mercu tanda baru! Projek Pusat Dagangan Dunia Putra KL (KL PWTC) bakal menjadi satu lagi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur. 

Memetik laporan Bernama, KL PWTC yang juga merupakan simbol perjuangan dan kejayaan Umno siap dibina dalam tempoh empat tahun akan datang.

PWTC KL akan dijelmakan dengan bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat, yang dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 menjadi sebuah dewan baharu yang luas dan bertaraf dunia, serta projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Menara 70 tingkat yang akan dibangunkan di atas tapak Hentian Putra itu dengan keluasan lantai 111,484 meter persegi, berhadapan PWTC, akan menjadi ibu pejabat UMNO yang baharu.


Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada satu majlis pengumuman pembangunan semula PWTC, di tingkat atas bangunan Hentian Putra semalam.

Perdana Menteri berkata, kerja-kerja fizikal pembinaan menara 70 tingkat itu akan dimulakan pada 11 Mei 2017 sempena ulang tahun kelahiran UMNO. 

Jelas Najib lagi, KL PWTC secara keseluruhannya akan menampilkan seni bina unik yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu yang diambil daripada corak-corak dan lipatan-lipatan unik yang ada pada samping, lok keris (kelok yang membentuk mata keris) dan juga ukiran hulu keris.

Projek yang akan dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu akan turut menempatkan masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan menempatkan podium membeli-belah setinggi dua tingkat. CARI

15

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 30-11-2016 07:20 AM
Quote dizzzek 30-11-2016 07:32 AM
rakyat disuruh berjimat untuk menangani kos sara hidup yang tinggi
Quote rosmahisham 30-11-2016 07:47 AM
Membazirnye..perlu ke?sedih betul dgn kepimpinan jibby ni.ringgut jatuh teruk pon korang blh terpikir nk buat mercu tanda segala mak nenek korang yer.
Quote Pajeri_Nenas 30-11-2016 07:49 AM
Edited by Pajeri_Nenas at 30-11-2016 10:24 AM

war chest umnu kan berbillions.xheran
Quote gaara_X 30-11-2016 07:50 AM
elok laa tu....buat lebih² sket...
Quote aechae 30-11-2016 07:52 AM
Ni buat building gna duit yuran keahlian umno lah kn?
Quote Knowlee 30-11-2016 08:00 AM
Buat traffic jam teruk kat area Chow Kit, Jalan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, dan sekitarnya. Org nak balik kerja, ditambah dgn hujan lagi, sesak teruk. Hurm.

Kenapa tak buat kat Putrajaya je????
Quote insulin 30-11-2016 08:01 AM
Banyak pula duit umno sekarang nih.
Quote ronapink 30-11-2016 08:04 AM
bagus,

mercu tanda UMNO
Quote kingnqueen 30-11-2016 08:07 AM
rakyat sudah hidup,umnomonyet senang hidup
Quote kingnqueen 30-11-2016 08:08 AM
rakyat susah hidup,umnomonyet senang hidup
Quote kornea 30-11-2016 08:15 AM
Tak heran lah. Parti kaum paling maju di malaysia. Kalo parti kaum lain nak bina baru boleh meroyan "tak sedar diri mundur"
Quote dizzzek 30-11-2016 08:17 AM
bila jamban nk naik helikopter lagi
Quote sadiq_segaraga 30-11-2016 08:19 AM
Nak tunjuk PWTC yang aku bina lagi gah dari Tun M punya
Quote stars83 30-11-2016 08:36 AM
Mbazir betul.rakyat dhlah semakin thimpit dgn harga brg,dorg senang2 je nak bina bangunan yg ntah apa2..dasar pmikiran umngok beruk:
Quote Wal..Hal 30-11-2016 08:39 AM
Brp byk bangunan nak buat daa..yg ade kat kl byk yg kosong,dgn projek pnb118 lg,bdr malaysia,trx finansial center, sekitar klcc pun same naik,bangsar south,ecoworld kat dpn midvalley,pavilion baru dll nanti jd mcm ghost town ala china
Quote deezeck 30-11-2016 08:49 AM
keperluan kemudahan yang lebih baik seiring
dengan arus pemodenan semasa

70 tahun menongkah arus mendepani cabaran

ibupejabat baharu UMNO dengan menara setinggi 70 tingkat ini
adalah manifestasi kepada kematangan dan keunggulan
parti utama bangsa melayu itu

syabas dan tahniah
Quote MISZZZ 30-11-2016 09:42 AM
makin banyak projek nampak... semua nak melawan tunjuk dia lagi serba boleh dalam merancang membina mercu tanda kat malaysia nihh...  nanti dapat la tittle bapa permodenan 2 hahaha...

biar mereput la najib weiii
Quote kornea 30-11-2016 09:48 AM
Kipidap. Dongibab

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.149798 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top