Wahai wanita, bayangkan "panty liners" yang anda pakai penuh dengan pepijat, pasti geli dan terkejut besar kan! Itulah nasib malang yang dialami oleh seorang wanita yang mendakwa terdapat pepijat di dalam panty liners yang baru dibelinya.
Video berdurasi dua minit lebih yang dimuat naik ke laman sosial oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ey Ey menjadi viral dan mencetus pelbagai reaksi dari netizen. Menurut Ey Ey, selepas memakai panty liners tersebut dia mula terasa gatal di bahagian alat sulitnya. Tidak tertahan lagi menanggung seksa "gatal" yang semakin menjadi-jadi, Ey Ey mengambil keputusan untuk memeriksa panty liners yang dipakai olehnya. Alangkah terkejut bukan kepalang apabila Ey Ey mendapati panty liners yang dipakai olehnya itu dipenuhi dengan pepijat. "Patutlah saya rasa gatal. Sekali tengok di dalamnya, adeh!" katanya. Netizen mendakwa kemungkinan besar panty liners yang dibeli oleh Ey Ey telah tamat tempoh. Ramai yang bertanyakan apakah jenama panty liners yang dibeli oleh Ey Ey, namun wanita itu diam membisu membuatkan segelintir netizen kesal.
Pesanan untuk semua wanita, periksalah terlebih dahulu panty liners sebelum memakainya. Sekurang-kurangnya pastikan ia belum tamat tempoh agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang. - CARI. Lihat video dibawah : Kredit video - OhMyMediaTV
|
evlinne replied at 30-11-2016 01:41 PM
Tak taulah nak bg reaksi cmne.. kelakar ada kesian pun ader
miss_bear replied at 30-11-2016 01:57 PM
Pernah jumpa macam ni.. beli pad kat kedai runcit yang macam tak laku, plastik pad kat luar tu pun b ...
ADVERTISEMENT