Pelakon kacak dari negara seberang, Nicholas Saputra sudah membuat persediaan ketahanan mental sekiranya dikritik hodoh oleh para peminat kerana wataknya dalam filem Interchange. Dia tidak akan berasa tertekan kerana sebagai seorang pelakon, dia harus menghidupkan watak yang diberikan dengan baik walaupun akan kelihatan jauh dari rupa asal. Nicholas atau nama sebenarnya Nicholas Schubring Saputra,32 diberi tanggungjawab untuk menghidupkan watak Belian iaitu semangat haiwan yang menjelma dalam bentuk separuh manusia.
"Matlamat utama saya adalah untuk menghidupkan watak Belian dengan berkesan walaupun ia menyebabkan kegatalan pada kulit (kostum) dan ianya tidak selesa," katanya kepada Astro Gempak. Tambahnya lagi, "Walau bagaimanapun saya perlu mempercayai karakter yang dibawa dan menyesuaikan diri dengan rupa itu sepanjang penggambaran." Interchange bakal menemui penonton pada 1 Disember tak lama lagi dan Nicholas percaya dia sudah membawakan watak dengan baik seperti yang diberikan oleh pengarah. Ada sesiapa di luar sana yang sudah tidak sabar untuk menonton filem lakonannya ini ke? -CARI |
25
Bagus |
33
Marah |
10
Terkejut |
22
Sedih |
30
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT