CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingat Hipster Sangat Ke? Trend Baru Makan Dalam Penyodok Dan Payung

1-12-2016 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10580| Komen: 39|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebut sahaja Thailand memang terbayang pelbagai benda yang unik dan banyak perkara pelik dapat ditemui di sana.

Kali ini, Thailand mencetuskan satu lagi pembaharuan dalam cara penyajian makanan apabila sebuah gerai di sana tidak lagi menggunakan pinggan atau mangkuk.


Sebaliknya, mereka yang terlampau kreatif ini menggunakan barang-barang perkakasan rumah sebagai alternatif untuk mencipta kelainan dan memberi layanan istimewa kepada pelanggannya.

Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook Go Play Bangkok ini memang boleh buat orang gelak dan ada yang berasa tidak senang dengan cara baharu tersebut.


Tengok sahajalah, orang yang datang untuk menikmati hidangan ayam cincang Thai dan nasi disajikan dengan menggunakan bangku plastik dan payung.

Lagi pelik, bila makanan dihidangkan dalam benda yang boleh dianggap menjijikkan seperti penyodok sampah dan pasu bunga!


Walaupun ada yang was-was nak makan di sini, tapi dikatakan gerai tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan.

Sumber Foto: FB Go Play Bangkok
Ramai netizen memberikan komen mengenai gerai ini, dan kebanyakannya menunjukkan rasa tidak suka.

Kalau ada yang tertanya-tanya di mana, nah alamat: 84/5 moo2 Raksakchamoon Road, Mueang, Chantaburi.

Ada yang pernah pergi ke? Boleh kongsi pengalaman anda. -CARI
38

Bagus
40

Marah
41

Terkejut
26

Sedih
27

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (201 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 1-12-2016 11:15 AM
teringat dedulu, mkn dalam tudung piuk pun mak dah bebel nnt nikah pungkoq besar, mkn pinggan lapik pun ada natijah..

la ni mak oiiiiii... mkn lam payung, org dedulu lupa nak bg pepatah lak aihhh
Quote kuzaime 1-12-2016 11:18 AM
Walaupun makanan tu mngkin nmpak n rasa pun sedap, tp mmg hilang selera aku kalo itu Cara dia menghidang..
Quote Victorioussss 1-12-2016 11:24 AM
Gile merepek. Aku kalau sesaje tak de nak makan dalam perkakas mcm tu. Dulu time asrama makan megi dalam gayung pun sebab terpaksa

Nasib badan takde awek aspuri nak pnjam mangkuk
Quote Victorioussss 1-12-2016 11:26 AM
miemiecha replied at 1-12-2016 11:15 AM
teringat dedulu, mkn dalam tudung piuk pun mak dah bebel nnt nikah pungkoq besar, mkn pinggan lapik  ...

Yeke makan dalam tudung periuk punggung jadi besa? Ok good petua ni. My future wife i akan pastikan hari hari makan dalam tudung periuk time deting!

Oh yesss  
Quote rebecca_nur 1-12-2016 11:33 AM
Takpala tak nampak hipster pun.. benda merepek jadah la nk ikut
Quote Artemesiaa 1-12-2016 11:47 AM
Merepek je geng siam ni gigh nak curi perhatian
Quote sabar_sabariah 1-12-2016 11:58 AM
Victorioussss replied at 1-12-2016 11:24 AM
Gile merepek. Aku kalau sesaje tak de nak makan dalam perkakas mcm tu. Dulu time asrama makan megi d ...

megi dalam gayung ok lagi...
kawan aku citer, budak dorm dia (dgn dia sekali la..) masak megi banyak2 dalam baldi
aku tanya, beli baldi baru ke
dia kata, taklah. pakai baldi yg selalu buat rendam baju tu ek
aku dok bayangkan dorang rendam seluar kecik dalam tu sume..
kembang tekak weh!!
Quote Victorioussss 1-12-2016 12:02 PM
sabar_sabariah replied at 1-12-2016 11:58 AM
megi dalam gayung ok lagi...
kawan aku citer, budak dorm dia (dgn dia sekali la..) masak megi ban ...

But still..gayung bawak masuk toilet kot dan guna untuk mencebok    toilet aspira i dulu mana ada getah paip. Warden tak bagi pasang asik kene kerat je
Quote cahaya_almas 1-12-2016 12:06 PM
Gelinya....huhu..tak sanggup nak makan....
Quote WajibulGhunah 1-12-2016 12:12 PM
Motip letak dlm bekas2 tu

X nmpk kretip langsung lg2 tang payung tu
Aku ingt dia susun makanan smpi penuh payung tu mcm hias makanan kt dulang
Yang pasu bunga tu aku ingt timun sayur lekat2 kt sekeliling pasu bunga tu... xde la unik mana
Quote nononcrux 1-12-2016 12:48 PM
ntah ape-ape la modal, terus mcm tak slera nak mkn
Quote cknoriz 1-12-2016 01:09 PM
makan dlm kuburan xde ke
Quote LautBiru52 1-12-2016 01:09 PM
Masa sekolah dulu budak laki mmg pelik2 je perangai..makan megi dlm baldi 1 hal..combine mcm2 perisa 1 hal lg..kari, asam laksa, tomyam, ayam sume cmpur sume skali..ntah ape la rsenyer
Quote intan_smsb 1-12-2016 01:50 PM
sila meninggal



makan dalam pampers xde ka
Quote missinpiece 1-12-2016 02:07 PM
Hurm semak n buat hilang selera je
Quote miemiecha 1-12-2016 02:33 PM
Victorioussss replied at 1-12-2016 11:26 AM
Yeke makan dalam tudung periuk punggung jadi besa? Ok good petua ni. My future wife i akan pastika ...

hahaha, jahat jahat jahattttt...

carilah ningga, opkoslah asal awalan pungkoq dah bsaq, bg mkn lam tudung piuk blh jd lg besar.. double the joy kekdahnya...
Quote krustykrab 1-12-2016 03:05 PM
mcm bongok je idea
Quote ronapink 1-12-2016 03:21 PM
yang kat indon mangkuk jamban jadi bekas makan tu
Quote haryatie 1-12-2016 04:22 PM
x selera nak mkn..
mcam kepala otak mereng jerk..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.171629 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top