CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Tembak Babit Datuk, 'Bodyguard' Sudah Selesai - Motif Masih Samar

2-12-2016 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25350| Komen: 271

Kes tembakan membabitkan Datuk dan pengawal peribadi petang semalam selesai apabila suspek berjaya ditangkap pihak polis.


Sumber foto: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwong, 32, serta dua individu, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Mangsa merupakan seorang Datuk. Suspek telah pun ditangkap dan kes kita anggap selesai. Motif masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita.

Menurut laporan, suspek yang merupakan pengawal peribadi mangsa sebenarnya bukan merupakan 'bodyguard' di mana-mana syarikat pengawal keselamatan.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Khamis itu, seorang petugas media dan pekerja awam cedera terkena tembakan rambang dilepaskan suspek yang cuba menembak rakannya yang berada dalam kenderaan yang sama. 

Mereka adalah Jurukamera sambilan RTM, Muhammad Amirul Amin Mohd Amir, 28, dan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nurul Huda Abdul Aziz, 38, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).


Sumber foto: Harian Metro

Muhammad Amirul cedera di bahu kiri dan menjalani pembedahan pagi ini manakala Nurul Huda kritikal kerana mengalami pendarahan teruk dan ditempatkan di wad ICU untuk pemantauan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki, kenalan kepada Datuk berkenaan, hanya cedera di kepala dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan pada jam 12 tengah malam tadi selepas menerima rawatan.

Tiga mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HPP untuk bedah siasat. - CARI
10

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
29

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 1-12-2016 09:33 PM
Uishhh...gengster kah...or kongsi gelap bergaduh ni...
Quote lanesra 1-12-2016 09:36 PM
tak pasal-pasal kena peluru sesat
Quote sebu 1-12-2016 09:36 PM
Bukan lagi berita luar biasa di negara kita. ..sedeeh. .

Malaysia masih aman kata mereka
Quote kemaruk 1-12-2016 09:45 PM
Macam ni baru betul.. kalau dah stress dan depresi sangat, jangan bunuh diri dulu..

Baik bunuh dulu orang yang letak kita kat tempat yang hina tu.. baru puas hati..
Quote ronapink 1-12-2016 09:46 PM
tembak menembak..

gantung diri,
terjun jambatan
Quote sueburn 1-12-2016 09:51 PM
Syukurlah.. Mesia masih aman katanye..
Quote camel.fcuker 1-12-2016 09:52 PM
Apa dah giler ke orang Penang.. macam2 kes hari ni
Quote CiliPadiSedap 1-12-2016 10:10 PM
kemaruk replied at 1-12-2016 09:45 PM
Macam ni baru betul.. kalau dah stress dan depresi sangat, jangan bunuh diri dulu..

Baik bunuh du ...

kalau ikut statistik cari forum, kau layak kena machine gun tak guna pistol cuma akak bersyukur kau tak duk kt penang darul pistol
Quote sarahmirza 1-12-2016 10:11 PM
kemaruk replied at 1-12-2016 09:45 PM
Macam ni baru betul.. kalau dah stress dan depresi sangat, jangan bunuh diri dulu..

Baik bunuh du ...

Betul la tu...


Quote marumaru 1-12-2016 10:12 PM
Penang lagi....
Quote syadq 1-12-2016 10:13 PM
Extreme jugak orang Malaysia sekarang ni
Quote CiliPadiSedap 1-12-2016 10:14 PM
dulu orang pangkat dato lah orang takut nak kacau n hu ha hu ha. sekarang senang2 je nyawa melayang.

orang kaya beli nyawa orang lain dengan bodyguard. orang kaya beli insurans nyawa dengan kereta kalis peluru, kalis bom , kalis macai,kalis baju merah.

ada body guard kalau peluru tersasar nyawa juga melayang, baik beli kereta kalis peluru
Quote babyleo68 1-12-2016 10:15 PM
MissNigga replied at 1-12-2016 09:28 PM
George Town, 1 Dis - Tiga, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di T ...

Ni la yang iolls tengok kat whatsapp tadi ape case penuh eh? Bodyguards yang amok tu kan?   
Quote kemaruk 1-12-2016 10:19 PM
tokey kelab malam rupanye

katanya ketua samseng cina penang
Quote CiliPadiSedap 1-12-2016 10:20 PM
babyleo68 replied at 1-12-2016 10:15 PM
Ni la yang iolls tengok kat whatsapp tadi ape case penuh eh? Bodyguards yang amok tu kan?   :fun ...

bodyguard dato tu ke yang mengamuk?
Quote zztop63 1-12-2016 10:21 PM
bangsa tu ka?
Quote kemaruk 1-12-2016 10:22 PM
Edited by kemaruk at 1-12-2016 10:32 PM

POLIS DIRAJA MALAYSIA
REPOT POLIS

Balai Diambil : JALAN PATANI
Daerah Diambil : TIMUR LAUT (GEORGETOWN)
Kontinjen Diambil : PULAU PINANG
No Repot : SG NIBONG/008308/16
Tarikh : 01/12/2016
Waktu : 21:09
Bahasa Diterima : B. Malaysia


Butir-butir Penerima Repot :
Nama : SITI FATIMAH BT ZAINOL ABIDIN No Personel : R125119 Pangkat : KPL

Butir-butir Jurubahasa (Jika Ada) :
Nama : --- No K/P(Baru) : --- No Polis/Tentera : ---
No Paspot : --- Bahasa Asal : ---
Alamat : ---

Butir-butir Pengadu :
Nama : NG SAI PENG
No. K/P (Baru) : 740828075058 No Polis/Tentera : A2815792 No Paspot : ---
No Sijil Beranak : --- Jantina : Perempuan Tarikh Lahir : 28/08/1974
Umur : 42 Tahun 3 Bulan Keturunan : Cina Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : BERNIAGA
Alamat Tinggal : NO 2 LORONG TEMBAGA GREEN LANE 11600 PULAU PINANG PULAU PINANG MALAYSIA
Alamat IbuBapa : ---
Alamat Pejabat : ---
No Tel(Rumah) : --- No Tel(Pejabat) : --- No Tel(Bimbit) : 0124813626
Emel : ---

Pengadu Menyatakan :
PADA 01/12/2016 JAM LEBIH KURANG 7.40 MALAM SEMASA SAYA MEMANDU KERETA PJH 6667 JENIS ESTIMA WARNA PUTIH MELALUI JALAN SUSUR KELUAR KE PULAU PINANG DARI JAMBATAN PERTAMA , LEBUHRAYA DR LIM CHONG EU. KETIKA ITU KERETA BERGERAK PERLAHAN. SEMASA DALAM PERJALANAN SAYA LIHAT ADA SEORANG LELAKI CINA DALAM KEADAAN BERDARAH DI KEPALA DAN MUKA. SAYA BERANGGAPAN BELIAU TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DAN BERTANYA SAMADA BELIAU PERLU PERTOLONGAN SAYA UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL PULAU PULANG. BELIAU MEMBERITAHU IA MEMERLUKAN PERTOLONGAN SAYA. SAYA TERUS MENGAJAK LELAKI TERSEBUT MASUK KEDALAM KERETA UNTUK DIBAWA KE HOSPITAL. SEMASA DALAM PERJALANAN LELAKI ITU MEMINTA KEBENARAN DARI SAYA UNTUK MENGGUNA TELEFON BAGI MENGHUBUNGI KELUARGANYA. SAYA BENARKAN BELIAU MENGGUNA TELEFON BIMBIT SAYA ITU. SEMASA LELAKI ITU BERCAKAP DENGAN SESEORANG SAYA TERDENGAR PERBUALAN MEREKA YANG MENYATAKAN - ITU BODY GUARD SUDAH GILA, ITU TAILO SUDAH MATI DAN DIA JUGA SUDAH KETUK KEPALA SAYA DENGAN PISTOL"". SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT MENGHUBUNGI ORANG YANG LAIN PULA DAN MEMBERITAHU SEMUA BARANG-BARANG DAN BEGNYA BERADA DALAM KERETA YANG BELIAU NAIKI SEBELUM MENUMPANG KERETA SAYA. APABILA SAYA MENDENGAR BELIAU BERCAKAP PERKARA TERSEBUT SAYA JADI TAKUT DAN TERUS MASUK KE STESYEN MINYAK CALTEX DAN MENURUNKAN LELAKI TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT REPOT INI UNTUK KESELAMATAN SAYA DAN TAKUT ADA APA-APA BERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU KEMUDIAN HARI.TELEFON NOMBOR YANG LELAKI TERSEBUT GUNA UNTUK HUBUNGI ITU ADALAH --edited-
Quote babyleo68 1-12-2016 10:25 PM
CiliPadiSedap replied at 1-12-2016 10:20 PM
bodyguard dato tu ke yang mengamuk?

Rase nye bukan, tak pasti la plak tapi kate bodyguard TYT, tak bape faham ape maksud bodyguard TYT. Sometimes whatsapp news pun bukan betul2 pasti pun main forward je
Quote ronapink 1-12-2016 10:29 PM
@noell

harap bagi lintaslangsung

Lihat semua komen(271)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.226934 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top