Masih terlalu banyak lagi lokasi ibarat syurga yang tidak diterokai manusia di muka bumi ini. Mungkin kerana tempatnya yang jauh di pedalaman, tersembunyi dan sebagainya.
Seperti pergunungan yang satu ini, ia digelar sebagai gunung Pelangi (Rainbow Mountain), terletak di negara Peru. Memetik laman The Endless Adventures, ia merupakan satu kawasan yang indah dan masih ramai belum mengetahui kewujudannya. Malah, informasi yang lengkap juga amat sukar didapati. Yang pasti, bukan mudah untuk sampai ke sini kerana anda perlukan masa minimum 6 hari untuk menikmati keindahannya! Begitu mahal, kan? Dikatakan gunung ini tersembunyi di kawasan pergunungan Andes di Peru. Ia juga dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca.
Namun, bagi mereka yang mencintai cabaran dan juga alam semula jadi, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Jangan risau kerana terdapat beberapa agensi pelancongan di Peru sendiri yang akan membawa anda menjejakkan ke pergunungan pelangi ini. Pergunungan yang persis pelangi ini dipenuhi dengan gabungan rona merah, kuning dan juga biru lembut. Bagaikan pelangi yang terhampar di permukaan gunung. Itulah gambaran yang diberikan oleh mereka yang pernah ke sini. "Anda harus memiliki kondisi fizikal yang sangat baik kerana bukan satu perkara yang mudah bila berada di ketinggian 5,200 meter. "Namun, pemandangan yang terbentang adalah sangat menakjubkan, dan anda harus memasukkan lokasi ini dalam 100 perkara sebelum anda menutup mata," antara komen mereka di laman Trip Advisor. - CARI |
6
Bagus |
21
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siskepoh replied at 2-12-2016 06:16 PM
wehhh siyess cantikk..warghhh. dapat pegi sana sehari 20 keping pic sis up dlm insta
ADVERTISEMENT