Mayat dua lelaki yang maut dihempap pokok ekoran ribut berjaya dibawa keluar ke jalan utama oleh pasukan keselamatan pada 11.30 malam Ahad.
Memetik laporan Bernama, operasi membawa keluar mayat kedua-dua lelaki itu mengambil masa kira-kira tiga jam setengah berikutan jarak sejauh 15 kilometer dari lokasi mereka dihempap pokok ke jalan utama. Seramai 30 anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan dan kedua-dua mayat lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Layat, Mustafa Jusoh berkata kemalangan yang berlaku di Bukit Layat, sempadan daerah Setiu-Kuala Terengganu, itu dimaklumkan oleh rakan mangsa pada 2.30 petang Ahad, apabila mereka gagal menghubungi kedua-dua lelaki berkenaan. Difahamkan rakan mangsa kemudian pergi ke lokasi tempat dua lelaki berkenaan dikatakan berkhemah dan apabila sampai di sana, kedua-dua mangsa didapati sudah pun meninggal dunia setelah khemah mereka ditimpa sebatang pokok.- CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Changa replied at 5-12-2016 01:10 PM
camping berdua jah ke?
motif??
gayah ke mereka?
supernaturalee replied at 5-12-2016 01:15 PM
brokeback mountain?
Changa replied at 5-12-2016 01:10 PM
camping berdua jah ke?
motif??
gayah ke mereka?
ADVERTISEMENT